Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Rahsia Wuduk ..

Bismillah.. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".   Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".  Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-h

ww - Pashmina Yang Selayaknya Berharga RM10 tapi..

Bulan Puasa Bulan Ibadah bukan Bulan Memborong Sakan

Subahanallah..  alangkah indahnya kalau suasana kat malaysia pun macam nih.. beramai-ramai dekatkan diri dengan Ilahi; mencari cebisan pahala ibadah dan bukannya berbondong-bondong pakat borong semua baju dan kuih raya yang dijual.   - tipikal malaysian -

Puasa vs Aurat

Abu: Awak puasa? Minah: Yela.. Abu: Kenapa awak puasa? Minah: Bodohnya awak.. kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la.. Abu: Kenapa tak tutup aurat? Minah: Eh, suka hati saya la.. hak masing2.. Abu: Owh.. tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat? Janganlah menjadi hamba kepada PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH s.w.t. Semoga kita terpilih menjadi salah seorang hamba yang mendapat hidayah di bulan tarbiah yang penuh berkat & rahmat ini. sumber : status Syahirul.com

Ramadhan - 3

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” - (HR Bukhari dan Muslim) Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun, ramai yang malas bersahur dengan alasan mengantuk dan letih walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada setiap yang berpuasa.  K aum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Sahabat-sahabat diharap jangan malas untuk bersahur.. Kerana inilah yang membezakan puasa  kita dengan puasa agama lain.. Jangan lupa bersahur.. Selamat beramal.. :)

Ramadhan - 2

Dipetik dari "Apa Ertinya Saya Menganut Islam Apabila melakukan ibadah , hendaklah sesorang itu khusyuk sehingga dia merasai kelazatan dan kemanisan mengerjakannya hinggakan memberi kekuatan untuk dia berterusan mengerjakannya. Kekhusyukan ini yang disyaratkan oleh Rasulullah S.A.W

Ramadhan - 1

Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mempunyai 2 kegembiraan : 1.Apabila Berbuka Puasa. 2.Apabila Bertemu De ngan Allah K elak.  Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan dalam menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.  InsyaAllah :)