Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Simpang.

Simpang. Dua cabang terbentang. Kanan  atau  kiri ? Pilihan hanya satu.

Entah.

Ya Tuhan! Rembesan adrenaline tahap tak normal. Membuak-buak hingga aku jadi cuak. Aku sakit perut. Aku sakit kepala. Dan aku masih berkondisi menggeletar tahap tak ingat! Aku terkejut. Aku tak sangka. Dan aku tak pernah terbayang pun. Bagai terkena tamparan dibawa perkhabaran. Air mata menjengah lagi tanpa jemu. Aku perlu ketabahan dan kesabaran itu, sumpah! aku; hamba yang lemah lagi hina. 1311;16122012

Mati!

Mati. Ya!  Suatu yang pasti. Siapa kita nak meramal kapan tibanya detik itu. Entahkan ada hari esok entahkan tidak. Entahkan merasa usia tua entahkan mati muda remaja. Siapa kita nak menjangkakannya? Kerna janji-Nya setiap yang bernyawa pasti merasa mati! Tidak dicepatkan mahupun dilambatkan detik sakit perit kematiannya hatta barang sesaat. Jadi, bersedia saja la! Siapa tahu saat selepas saat ini, Jasad ditinggalkan pergi roh darinya... Bakal si mati, 0105;11122012

Belajar!

Belajar! Memang kerna itu tugasmu.. Belajar! Daki tangga pembendaharaan ilmu.. Belajar! Terdetik jangan rasa jemu.. Belajar! Ia jadi seperti temanmu.. Belajar! Anggap esok tidak ketemu.. Belajar! Setelah usaha serah pada-Mu.. aku si pemalas; 0115;05122012

Makan: Lapar Atau Hobi?

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga makcik main conteng-conteng pada ini blog. Lama sungguh tak meraban dalam erti kata yang sebenarnya. Sumpah rindu! hahha bajet. Makcik ada soalan. Ngee takde ribut, takde taufan tetiba terus tanya soalan, apakah? Uishh jawab je la, harap jawab dengan jujur lagi ikhlas setulus hati jiwa raga bakul besen baldi segala bagai =P Soalan:  Kenapa kamu makan? Jawapan:  a. Sebab lapar! b. Sebab hobi! c. Kedua-dua di atas ;) Haa! Jawapannya??  Tepuk perut, tanya cacing yang terternak dengan sangat produktif itu hahha. makan? Makcik tak pernah terfikir bahkan tak pernah terlintas pon soalan ni akan diajukan kepada kami minggu lepas. Tak duga, sangat di luar lubang bola golf! Makcik beserta kumpulan rombongan meminang dah tersenyum sipu je lepas soalan tu dilontarkan. Hamek kau, soalan ala-ala bom atom tetiba meletup! Bibir dah tersengih-sengih.  Hailaa, macam

Senyuman Kamu Yang Menawan Tertawan.

Do nothing and just SMILE :) Senyum itu satu sedekah. Senyum juga penawar duka.

Kau Kata: Tak Sabarnya!

Kau kata  "Tak sabarnya nak jadi dewasa!" Kau kata  "Tak sabarnya nak masuk universiti!" Kau kata  "Tak sabarnya nak habis belajar!" Kau kata  "Tak sabarnya nak berkerja sendiri!" Kau kata  "Tak sabarnya nak ada kereta mewah!" Kau kata  "Tak sabarnya nak ada rumah besar!" Kau kata "Tak sabarnya nak jalani kehidupan dengan si dia!" Kau kata  "Tak sabarnya nak bina keluarga bahagia!" Tapi ada tak  Kau kata " Tak sabarnya nak mati?? " T.T

Rindunya!

Mood: Rindu sama family tercinta! Nak balik rumah :'( Oh... Lelahnya hatiku ingin jumpa denganmu  Angin, bawalah rinduku kepadanya walau hanya dalam anganku  Dan hiasi mimpinya, semoga selalu ingat 'ku dalam hatimu  ini adalah kesan sampingan kepada tekanan yang dialami sempena final exam. terlebih dose penyakit home sick! plus dah lama tak balik rumah. sob.. sob.. bilakah 'perantauan seorang pelajar' ini bakal menemui titik hujungnya? tak sabar nak habis belajar. nak duduk rumah; duduk bawah ketiak mak! hahhaa huhu..  sibuk je melayan jiwa di blog. padahal banyak lagi chapter yang tak cover lagi! dush! dush!! dush!!! ouch!!! okeyh la nak sambung study. ~semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, insyaAllah~ ^^,

Final Exam

Moga Allah permudahkan! Doakan saya ye :)

Men'Doodle' dan Ber'Dakwah'

Jangan siakan bakat yang kamu ada! Tengok, walaupun ianya simple tapi tetap boleh sampaikan message dakwah  kepada siapa yang melihat. Moga-moga dari 'tertarik' melihat, 'Tertarik' juga hati tu untuk buat, kan? Dengan izin Allah, tiada siapa dapat menghalang. *Doodle: credit to my sahabat [FaizaAMR]    Edited by Makcik sendiri ^^,

Kamu Yang Bernama Sahabat

Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua seerat simpulan yang tidak terbuka  Seteguh langit tinggi menongkah dunia  Kita mengharung badai atas nama Kasih insan bersaudara Buang yang keruh ambil yang jernih Dendam hasad dengki mestilah dijauhi  Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan Bina keharmonian Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua In-Team; Akrab Persahabatan... Ukhuwah itu bagai seutas tasbih, diciptakan untuk mengingatinya. Ada awal tiada penghujungnya. Dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya. Seutas tasbih sebuah janji... Buat kamu Sahabat; ukhuwah fillah till Jannah! Syukran for being a part of me... 

Menyeru Dan Mendidik.

Ye, dah betul la apa yang Inche Gabbana katakan tu. Kita perlu pantas lagi tangkas dalam mengajak dan menyeru dalam perkara kebaikan. Tapi masih perlu ada slow and steady nya dalam memberi didikan. Bukan apa, takut-takut apa yang dikejar tak dapat yang dikendong juga keciciran. Nauzubillah, moga Allah jauhkan. Serulah Islam dalam hati, Didiklah Islam pada diri!

Erti Merdeka Bagi Saya.

MERDEKA? Bilamana terbebasnya jajahan jahiliyah dalam diri, itu baru merdeka.

Lampu Suluh Kini Di Tangan

"Dan Allah akan menambahkan kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.  Dan amal kebajikan yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya."   Maryam 19:76 Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah! Kau telah memilih aku dalam menerima petunjuk-Mu. Tapi aku takut! Aku takut dengan kata-Nya; "Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus;  ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur." Al-Insan 76:3 Aku takut, Andainya kaki ku terpijak daerah kekufuran. Nauzubillah! Moga dijauhkan... Aku mahu melayari bahtera kesyukuran. Tidak sekali mahu merubah arah. Kompas arah dari Allah itu sudah cukup. Sekali berpatah aral, takut tersadai dipalu ombak.. Buat diri ini, Setelah usaha penuh gigih di kerah, Jangan sekali untuk cuba lepaskan. Peganglah ianya erat-erat bila mana Allah dah campakkan petunjuk itu. Mana tahu hanya petunjuk yang satu ini sahaja yang menjengah, kan? &

Mari Jadi Hamba Allah !

Buat sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah ^^, Yuk! Jadikan bulan Ramadhan yang barakah ini sebagai titik mulanya transformasi iman juga diri kita. Dan bukan sekadar menjadi 'orang kaya pahala' untuk sebulan ni je, Tapi biar la berterusan kekal menjadi amalan rutin kita, every day until we die! insyaAllah * Sekadar renungan kita bersama... :)

Ramadhan, Kita Bertemu Lagi..

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. Ianya merupakan satu nikmat yang sangat perlu kita syukuri. ^^, Tak semua orang yang merindui ketibaan Ramadhan, yang ternanti-nanti bulan mulia ini berkesempatan melaluinya lagi buat tahun ini. Makanya, kita yang terpilih ini perlu memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini. Jangan sesekali sia-siakan, siapa tahu ini merupakan Ramadhan kita yang terakhir? Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan iman,  maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Riwayat al-Bukhari Rugilah bagi siapa yang telah melepasi Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan Allah.. Wallahualam...

Jangan Mengeluh...

Berada di Jalan Asing ini, memang banyak ujian dan dugaannya. Tapi percaya la, disebalik semua itu pasti ada baiknya. Hanya kita saja yang tidak mengetahui percaturan Allah buat kita. Jadi, berlapang dada la dengan Allah ^^,

Durian Sememangnya Lazat

Kehidupan di dunia ini seperti Durian Nikmatnya sebentar cuma Jangan terlalu ghairah dengan 'kelazatan' yang terhidang Kelak merana menyesal tak sudah... *Awak suka makan durian? Sedapkan!

Bangkitlah

Kejatuhan membuatkan kita bangkit Keperitan membuatkan kita serik Bila jatuh buat kita rasa bangkit Bila perit buat kita rasa serik Bersama kejatuhan tersebut ada tarbiyyah dari Allah  Bersama keperitan tersebut ada peringatan dari Allah Jangan sekali menyalah takdir Jangan sekali pertikai realiti Muhasabah diri cari silapnya Muhasabah diri untuk perbaiki Jangan mudah serik untuk terus bangkit! "Bila Allah menguji seseorang, itu tandanya Allah ingin memuliakan hamba-Nya itu. Kerana manusia yang paling banyak ujian adalah yang paling dimuliakan, yakni Muhammad Rasulullah SAW." *Perlukan pergantungan yang mantap penuh keyakinan kepada Allah.. Moga dipermudahkan!

Istikharah Cinta

" Istikharah cinta memanggilku  Memohon petunjukmu  Satu nama teman setia Naluriku berkata Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku Dalam mahabbah rindu..." * lagu nih buat feeling lain macam je, krik krik.. :P

Lukisan Amal

Hahhaaa Tak payah nak lukisan amal la sangat kan? Akhirnya dapat jugak lepas gian pegang berus lukisan Setelah hampir empat tahun tak melukis dan mewarna Hasilnya tak la hebat mana, tapi bagi orang yang tak berseni macam makcik nih dah kira gempak la nih kahkahkah

Isabella | Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Alhamdulillah, makcik berjaya juga habiskan buku nih. Setelah sekian lama mencari di ceruk rak buku acapkali ketika ke tokoh-tokoh buku (tapi hanya kehampaan yang ditemui) , akhirnya kami dijodohkan bertemu ketika Expo Buku Islam 2012 di Putrajaya tempoh hari. Hekeleh dah lama beli tapi baru sibuk nak mencanang berita. Ish, nak buat camna, bila peluang dan ruang untuk mentelaahnya baru je hadir, kan? Apa yang boleh makcik katakan, pencarian yang melelahkan tu sangat berbaloi! Tak sia-sia mencari seantero Lembah Klang (je kot), kerna ilmu yang terkandung dalam tu sangat la superb! Subhanallah! Sangatlah bermakna kepada sesiapa yang masih tercari-cari hujah dimana kuat dan benarnya Islam yang teramat perfect dibanding fahaman Kristian.  Terima kasih kepada mereka-mereka yang syorkan buku nih sebagai 'Buku Perlu Milik Dan Baca'. Jazakumullah khairan kathira ^^, Isabella – novel bertemakan teologi perbandingan agama antara Kristian dan Islam terbitan Pelima Media in

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q