Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Bulatan yang Gembira

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah. Tetiba kali nih makcik rasa nak berbicara tentang bulatan gembira. Ye bulatan gembira! Alaa yang kita nyanyi 'bulat kecil, bulat kecil, bulat la besar' time zaman kanak-kanak dulu tu. Tak percaya ke? Okeyh sila percaya kata-kata nih. hahaa Beberapa hari nih, makcik asyik terkenang-kenang je pertemuan bulatan gembira. Rasa macam rindu sangat sangat sangat nak 'bergembira' walaupun hari-hari bertentang mata bulat-bulat dengan yang lainnya. Eh cop! Semua tau kan apa yang dimaksudkan dengan bulatan gembira tu? Alhamdulillah. Tapi mungkin ada yang first time dengar, okeyh sekarang kamu akan tau. Bulatan gembira tu sebenarnya merujuk kepada pertemuan 'Usrah' ataupun ada yang panggil liqa', halaqah mahupun dikusi ilmu. Perkataan 'Bulatan Gembira' tu mungkin lebih ringan untuk diterima dengar oleh gegendan telinga remaja-remaja masa kini, berbanding dengan perkataan usrah. Substit

Hendak Didustakan Nikmat Yang Mana?

Ya, nikmat Allah yang mana satu kita dustakan?  Soalan yang tampak mudah tetapi memakan berdetik-detik masa untuk diberikan jawapannya. Soalan yang bisa membuat kita bermuhasabah sejenak lantas berfikir dan bersyukur.

Semua Warga UiTM Segamat Dijemput Hadir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga UiTM Segamat.. Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) menganjurkan program "KARNIVAL EKSPLORASI ISLAM 11/12" Butiran program :  9 disember 2011 : Perasmian karnival eksplorasi islam 11 disember 2011 : Disebalik tahajud Cinta Oleh Imam Muda Hassan  7 Januari 2012 : Sujud Si perantau oleh Ustaz Kamarudin Majid (UiTM) 9 Januari 2012 : Saat Lafaz Sakinah oleh Ustaz Ann Wan Seng 17 Januari 2012 : Islamophobia oleh Ustaz Syaari  Pelajar Diploma dan Ijazah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Setiap program disediakan kupon. Syukran diucapkan. ^^

Agama Itu Nasihat

Bismillah.. Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: " Agama itu nasihat. Kami bertanya: 'Untuk siapa?' Baginda menjawab: 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya.' " Nasihat membawa erti kepada 'segala hal yang baik'. Perkataan ini dalam bahasa arab tiada yang pengertiannya setara. Sepertimana yang diperkatakan oleh ulama bahasa Arab tentang perkataan 'al-Fallah' yang tiada padanan seerti yang memberi maksud 'kebaikan dunia dan akhirat'. Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya diterima, suruhannya dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat tersebut nasihat tersebut tidaklah diwajibkan. 'Agama itu nasihat/ memberi makna bahawa nasihat adalah tiang dan penyokong agama.. *Wallahu a'lam. Perkongsian dari pembacaan.  Hadis 7, Ha

Ubah Dan Berubah

Assalamualaikum salam sejahtera  Bismillahirrahmanirrahim coretan dimulai. Perubahan itu sesuatu yang perlu. Ya tersangat perlu. Dari yang buruk ke tahap yang lebih bagus dan bukan yang sebaliknya. Tapi keikhlasan perlu hadir seiring dengan perubahan tersebut. Peduli apa kata orang kerna itu cuma godaan dari syaitan iblis yang 'jeles' dengan kita. Pekak tulikan saja telinga itu sebab mulut-mulut 'kurang tebu' itu akan berhenti bila mereka letih. Pasti anak tekak mereka perit andai terus mengejek, mengata dan memperlekeh perubahan kita. Persoalannya, siapa mereka untuk mempertikaikannya? Setidak-tidaknya kita berinisiatif untuk mencari dan menuju ke arah yang diredai. Tidak saja duduk penuh bongkak dalam lingkaran keselesaan yang kononya sudah cukup mulia. Seseorang pernah berkata; hidayah itu perlu dicari dan bukan hanya menanti ia muncul menjengah Seperti menunggu kiriman pos laju tiba depan pintu pagar rumah saja lagaknya. All