Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kongsi is kasih..

Corat-coret: Teguran Itu Nikmat.

Dengan nama Allah swt, aku buka bicara ini. Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahuakhbar. Alhamdulillah. Sedang aku lewati coretan di paparan maya, aku jumpa patah-patah ayat; tulisan milik kenalan. Tanpa aku rancang. Namun sudah semestinya, telah dirancang oleh Yang Maha Tahu. Katanya; Seringkali bila dalam keadaan senang dan tenang, kita mudah lupa akan Dia. Sebaliknya kita mudah ingat pada Dia bilamana kita dalam keadaan sukar dan sulit. Jika demikian, yang mana sebenarnya nikmat, susah atau senang? Sesungguhnya setiap dari ujian itu adalah nikmat. Yakni, nikmat dalam mengingati-Nya. Allah. Allah. Allah. Astaghfirullahalazim. Lahaw lawala quwataillah billahil ali hilazim. Ini mungkin teguran dari Allah buat aku. Ditegur dengan coretan ringkas tapi dalam. Itulah kita. Dalam keenakan melayari nikmat dunia,  sering saja terlupa akan-Nya. Walhal, Dia yang memberi akan semua nikmat tersebut. Kerdi...

Makan: Lapar Atau Hobi?

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga makcik main conteng-conteng pada ini blog. Lama sungguh tak meraban dalam erti kata yang sebenarnya. Sumpah rindu! hahha bajet. Makcik ada soalan. Ngee takde ribut, takde taufan tetiba terus tanya soalan, apakah? Uishh jawab je la, harap jawab dengan jujur lagi ikhlas setulus hati jiwa raga bakul besen baldi segala bagai =P Soalan:  Kenapa kamu makan? Jawapan:  a. Sebab lapar! b. Sebab hobi! c. Kedua-dua di atas ;) Haa! Jawapannya??  Tepuk perut, tanya cacing yang terternak dengan sangat produktif itu hahha. makan? Makcik tak pernah terfikir bahkan tak pernah terlintas pon soalan ni akan diajukan kepada kami minggu lepas. Tak duga, sangat di luar lubang bola golf! Makcik beserta kumpulan rombongan meminang dah tersenyum sipu je lepas soalan tu dilontarkan. Hamek kau, soalan ala-ala bom atom tetiba meletup! Bibir dah tersengih-sengih....

Men'Doodle' dan Ber'Dakwah'

Jangan siakan bakat yang kamu ada! Tengok, walaupun ianya simple tapi tetap boleh sampaikan message dakwah  kepada siapa yang melihat. Moga-moga dari 'tertarik' melihat, 'Tertarik' juga hati tu untuk buat, kan? Dengan izin Allah, tiada siapa dapat menghalang. *Doodle: credit to my sahabat [FaizaAMR]    Edited by Makcik sendiri ^^,

Kamu Yang Bernama Sahabat

Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua seerat simpulan yang tidak terbuka  Seteguh langit tinggi menongkah dunia  Kita mengharung badai atas nama Kasih insan bersaudara Buang yang keruh ambil yang jernih Dendam hasad dengki mestilah dijauhi  Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan Bina keharmonian Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua In-Team; Akrab Persahabatan... Ukhuwah itu bagai seutas tasbih, diciptakan untuk mengingatinya. Ada awal tiada penghujungnya. Dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya. Seutas tasbih sebuah janji... Buat kamu Sahabat; ukhuwah fillah till Jannah! Syukran for being a part of me... 

Menyeru Dan Mendidik.

Ye, dah betul la apa yang Inche Gabbana katakan tu. Kita perlu pantas lagi tangkas dalam mengajak dan menyeru dalam perkara kebaikan. Tapi masih perlu ada slow and steady nya dalam memberi didikan. Bukan apa, takut-takut apa yang dikejar tak dapat yang dikendong juga keciciran. Nauzubillah, moga Allah jauhkan. Serulah Islam dalam hati, Didiklah Islam pada diri!

Erti Merdeka Bagi Saya.

MERDEKA? Bilamana terbebasnya jajahan jahiliyah dalam diri, itu baru merdeka.

Lampu Suluh Kini Di Tangan

"Dan Allah akan menambahkan kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.  Dan amal kebajikan yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya."   Maryam 19:76 Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah! Kau telah memilih aku dalam menerima petunjuk-Mu. Tapi aku takut! Aku takut dengan kata-Nya; "Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus;  ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur." Al-Insan 76:3 Aku takut, Andainya kaki ku terpijak daerah kekufuran. Nauzubillah! Moga dijauhkan... Aku mahu melayari bahtera kesyukuran. Tidak sekali mahu merubah arah. Kompas arah dari Allah itu sudah cukup. Sekali berpatah aral, takut tersadai dipalu ombak.. Buat diri ini, Setelah usaha penuh gigih di kerah, Jangan sekali untuk cuba lepaskan. Peganglah ianya erat-erat bila mana Allah dah campakkan petunjuk itu. Mana tahu hanya petunjuk yang satu ini sahaja yang menjengah, kan? ...

Mari Jadi Hamba Allah !

Buat sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah ^^, Yuk! Jadikan bulan Ramadhan yang barakah ini sebagai titik mulanya transformasi iman juga diri kita. Dan bukan sekadar menjadi 'orang kaya pahala' untuk sebulan ni je, Tapi biar la berterusan kekal menjadi amalan rutin kita, every day until we die! insyaAllah * Sekadar renungan kita bersama... :)

Ramadhan, Kita Bertemu Lagi..

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. Ianya merupakan satu nikmat yang sangat perlu kita syukuri. ^^, Tak semua orang yang merindui ketibaan Ramadhan, yang ternanti-nanti bulan mulia ini berkesempatan melaluinya lagi buat tahun ini. Makanya, kita yang terpilih ini perlu memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini. Jangan sesekali sia-siakan, siapa tahu ini merupakan Ramadhan kita yang terakhir? Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan iman,  maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Riwayat al-Bukhari Rugilah bagi siapa yang telah melepasi Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan Allah.. Wallahualam...

Bangkitlah

Kejatuhan membuatkan kita bangkit Keperitan membuatkan kita serik Bila jatuh buat kita rasa bangkit Bila perit buat kita rasa serik Bersama kejatuhan tersebut ada tarbiyyah dari Allah  Bersama keperitan tersebut ada peringatan dari Allah Jangan sekali menyalah takdir Jangan sekali pertikai realiti Muhasabah diri cari silapnya Muhasabah diri untuk perbaiki Jangan mudah serik untuk terus bangkit! "Bila Allah menguji seseorang, itu tandanya Allah ingin memuliakan hamba-Nya itu. Kerana manusia yang paling banyak ujian adalah yang paling dimuliakan, yakni Muhammad Rasulullah SAW." *Perlukan pergantungan yang mantap penuh keyakinan kepada Allah.. Moga dipermudahkan!

Istikharah Cinta

" Istikharah cinta memanggilku  Memohon petunjukmu  Satu nama teman setia Naluriku berkata Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku Dalam mahabbah rindu..." * lagu nih buat feeling lain macam je, krik krik.. :P

Isabella | Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Alhamdulillah, makcik berjaya juga habiskan buku nih. Setelah sekian lama mencari di ceruk rak buku acapkali ketika ke tokoh-tokoh buku (tapi hanya kehampaan yang ditemui) , akhirnya kami dijodohkan bertemu ketika Expo Buku Islam 2012 di Putrajaya tempoh hari. Hekeleh dah lama beli tapi baru sibuk nak mencanang berita. Ish, nak buat camna, bila peluang dan ruang untuk mentelaahnya baru je hadir, kan? Apa yang boleh makcik katakan, pencarian yang melelahkan tu sangat berbaloi! Tak sia-sia mencari seantero Lembah Klang (je kot), kerna ilmu yang terkandung dalam tu sangat la superb! Subhanallah! Sangatlah bermakna kepada sesiapa yang masih tercari-cari hujah dimana kuat dan benarnya Islam yang teramat perfect dibanding fahaman Kristian.  Terima kasih kepada mereka-mereka yang syorkan buku nih sebagai 'Buku Perlu Milik Dan Baca'. Jazakumullah khairan kathira ^^, Isabella – novel bertemakan teologi perbandingan agama antara Kristian dan Islam terbitan Pelima Media in...

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Silence is Joy!

Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadah dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya. Riwayat at-Tarmizi

Manisnya Sebuah Kemanisan

Rasulullah SAW bersabda;  "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan RasulNya adalah lebih dia cintai daripada selainnya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat mahupun dosa) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka" Riwayat Bukhari dan Muslim Kemanisan iman dalam kehidupan itu perlu dicari sepertimana kita mencari kemanisan gula untuk secangkir kopi ^^, *Moga Allah permudahkan kau, aku, kita dalam pencariaan ini InsyaAllah..

Kebaikan dan Dosa

Daripada Nawas bin Sim'an r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: " Kebaikan adalah akhlak yang baik,  sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu  dan engkau tidak suka orang lain melihatnya. " Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim WASIAT NABI ADAM A.S. Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya: Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu pekara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut, tentu aku tidak memakannya. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buat yang terlarang itu. *hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak resah gelisah ke...

Siapakah Dia Yang Gembira Itu?

Who is the happy one? The one whose heart is with Allah... "(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) Ketika orang-orang yang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (iaitu) kesombongan jahiliah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Allah mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa*, dam mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." al-Fath 48: 26 *Kalimat takwa; kalimat tauhid dan memurnikan ketaatan kepada Allah Subhanallah! Percayalah kita dengan janji Allah "Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (al-Ra'd 13:28)

Hidup Sepertinya Dalam Kedai Kain

Hidup kita nih sepertinya dalam kedai kain. Berdepan dengan banyak sangat pilihan! Pelbagai jenis Pelbagai corak Pelbagai warna Pelbagai harga Kita jadi rambang mata Semua nak, tiada yang terkecuali Tapi diakhirnya Kita pilih yang sesuai! Kita pilih yang terbaik! Kita pilih yang berkualiti! Jalan hidup kita juga begitu. Banyak pilihan terbentang depan mata. Yang lurus, yang bengkang-bengkok, yang berwarna-warni mahupun yang hanya hitam putih. Semuanya terpulang pada kita, cara hidup mana satu yang menjadi pilihan. Ini kerana, pilihan itu ada dalam hati kita lantaran keimanan pula bakal menentukan pilihan tersebut. "Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur." al-Insan 76: 3 Dalam cengkerang kacang;  Pilihlah yang cantik jangan yang buruk, yang menyenangkan jangan yang menyukarkan. 

Tinta Buat Kamu Sahabat

Sahabat Andai kau lihat kesalahan dan kesilapan aku Tegurlah aku Kerana aku adalah hamba biasa yang sentiasa melakukan silap dan dosa Mungkin apa yang aku lakukan Betul di mataku, sekadar di mataku Namun ia sebenranya salah Di matamu juga di mata Allah Tegurlah aku Beritahulah kesilapanku Agar aku tahu silapku Dan dapat memperbetulkannya Sanggupkah kau melihat aku terus berbuat silap? Membiarkan aku terus hanyut? Berenang terus dalam kejahillan? Terkapai-kapai mencari daratan yang selamat? Tegurlah aku, sahabat Kerana sahabat yang baik akan sentiasa menegur sahabatnya Walau payah, dia sanggup menegah silap tersebut Tak rela melihat sahabatnya melakukan dosa Jangan takut untuk memperbaiki aku. Kerana Takutlah siksa Allah andai meninggalkan aku  Terus tercicir dalam pengembaraan mencari redha Allah ini. InsyaAllah Moga ukhuwah yang terbina ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke Syurga Uhibbukum fillah.. ...

The Veil

They say, "Oh, poor girl, you're so beautiful you know It's a shame that you cover up your beauty so." She just smiles and graciously responds reassuringly, "This beauty that I have is just one simple part of me. This body that I have, no stranger has the right to see. These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty. Faith is more essential than fashion, wouldn't you agree? This hijab, This mark of piety, Is an act of faith, a symbol, For all the world to see. A simple cloth, to protect her dignity. So lift the veil from your heart to see the heart of purity. They tell her, "Girl, don't you know this is the West and you are free? You don't need to be opressed, ashamed of your femininity." She just shakes her head and she speaks so assuredly, "See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles, with their phony painted faces and their air-brushed smiles? Well thei...