Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Erti Merdeka Bagi Saya.

MERDEKA? Bilamana terbebasnya jajahan jahiliyah dalam diri, itu baru merdeka.

Lampu Suluh Kini Di Tangan

"Dan Allah akan menambahkan kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.  Dan amal kebajikan yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya."   Maryam 19:76 Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah! Kau telah memilih aku dalam menerima petunjuk-Mu. Tapi aku takut! Aku takut dengan kata-Nya; "Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus;  ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur." Al-Insan 76:3 Aku takut, Andainya kaki ku terpijak daerah kekufuran. Nauzubillah! Moga dijauhkan... Aku mahu melayari bahtera kesyukuran. Tidak sekali mahu merubah arah. Kompas arah dari Allah itu sudah cukup. Sekali berpatah aral, takut tersadai dipalu ombak.. Buat diri ini, Setelah usaha penuh gigih di kerah, Jangan sekali untuk cuba lepaskan. Peganglah ianya erat-erat bila mana Allah dah campakkan petunjuk itu. Mana tahu hanya petunjuk yang satu ini sahaja yang menjengah, kan? &