Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Kebaikan dan Dosa

Daripada Nawas bin Sim'an r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: " Kebaikan adalah akhlak yang baik,  sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu  dan engkau tidak suka orang lain melihatnya. " Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim WASIAT NABI ADAM A.S. Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya: Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu pekara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut, tentu aku tidak memakannya. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buat yang terlarang itu. *hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak resah gelisah ke

Siapakah Dia Yang Gembira Itu?

Who is the happy one? The one whose heart is with Allah... "(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) Ketika orang-orang yang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (iaitu) kesombongan jahiliah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Allah mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa*, dam mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." al-Fath 48: 26 *Kalimat takwa; kalimat tauhid dan memurnikan ketaatan kepada Allah Subhanallah! Percayalah kita dengan janji Allah "Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (al-Ra'd 13:28)

Hidup Sepertinya Dalam Kedai Kain

Hidup kita nih sepertinya dalam kedai kain. Berdepan dengan banyak sangat pilihan! Pelbagai jenis Pelbagai corak Pelbagai warna Pelbagai harga Kita jadi rambang mata Semua nak, tiada yang terkecuali Tapi diakhirnya Kita pilih yang sesuai! Kita pilih yang terbaik! Kita pilih yang berkualiti! Jalan hidup kita juga begitu. Banyak pilihan terbentang depan mata. Yang lurus, yang bengkang-bengkok, yang berwarna-warni mahupun yang hanya hitam putih. Semuanya terpulang pada kita, cara hidup mana satu yang menjadi pilihan. Ini kerana, pilihan itu ada dalam hati kita lantaran keimanan pula bakal menentukan pilihan tersebut. "Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur." al-Insan 76: 3 Dalam cengkerang kacang;  Pilihlah yang cantik jangan yang buruk, yang menyenangkan jangan yang menyukarkan. 

Tinta Buat Kamu Sahabat

Sahabat Andai kau lihat kesalahan dan kesilapan aku Tegurlah aku Kerana aku adalah hamba biasa yang sentiasa melakukan silap dan dosa Mungkin apa yang aku lakukan Betul di mataku, sekadar di mataku Namun ia sebenranya salah Di matamu juga di mata Allah Tegurlah aku Beritahulah kesilapanku Agar aku tahu silapku Dan dapat memperbetulkannya Sanggupkah kau melihat aku terus berbuat silap? Membiarkan aku terus hanyut? Berenang terus dalam kejahillan? Terkapai-kapai mencari daratan yang selamat? Tegurlah aku, sahabat Kerana sahabat yang baik akan sentiasa menegur sahabatnya Walau payah, dia sanggup menegah silap tersebut Tak rela melihat sahabatnya melakukan dosa Jangan takut untuk memperbaiki aku. Kerana Takutlah siksa Allah andai meninggalkan aku  Terus tercicir dalam pengembaraan mencari redha Allah ini. InsyaAllah Moga ukhuwah yang terbina ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke Syurga Uhibbukum fillah.. &q