Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Seiringkan Kata-Kata Dengan Tindakan

Berkata itu mudah Tapi untuk melaksana, perlukan mujahaddah.. Ya. Cakap memang mudah. Senang macam minum air chocolate buatan cadbury. Laju mencurah-curah ke ladang gandum dan pufff jadi la koko crunch! Juga, kata-kata nih memang sinonim dengan sifatnya yang manis di bibir. Tapi bila sampai had nak kena buat tu, memang payah dan parah.  Betulkan?? Okeyh, makcik nak berstory telling contoh senang kat sini hihihi.. Suatu hari nih ada la seorang sahabat kita datang mengadu yang kasut dia hilang kena curi time solat kat surau mall. Dengan penuh rendah diri, kita pon nasehatkan la dia; "Allah.. Kasut je kot yang kena curi. Bersabar la kamu, mungkin ada hikmah disebaliknya" , berkata penuh yakin sambil menepuk-nepuk bahu si sahabat. Tapi bila kena kat batang gigi sendiri, kita pula tak boleh terima suratan takdir mahupun kebetulan tersebut. Berguni bakul sumpahan kita luahkan. Aiseyy.. Inikah gerangan yang lagaknya seperti pakar motivasi memberi nasihat

Hidup Ada Persamaannya Dengan Kopi Putih Bandar Lama..

Dengan nama-Mu ya Allah... Ya. Dalam hidup nih, belum tentu lagi semuanya indah dan manis belaka. Masih ada rasa pahit, masam, tawar dan kelatnya. Pasti ada saja dugaan yang datang berkunjung tiba di pagi raya! Ehh? Hal ini memang dah dijanjikan Allah; tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji. Tak percaya? "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menggatakan,  "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang berdusta." al-'Ankabut 29:2-3 See, I told you. Hidup nih sebenarnya dalam satu perkampungan yang penuh dengan hutan rimba ujian.  Berlari ke utara, jumpa masalah.   Terbang ke selatan, terserempak cubaan berserta harimau belang.   Nak tak nak, rela dalam paksa, kita tak boleh lari dari ujian atau dugaan tersebut.  Kita tak boleh nak menafikan lagi sebab sud

Bibir Membisu Jemari Bersuara..

aku kelu bila bibir membeku aku kelu bila bibir membatu aku kelu bila bibir membisu... aku mahu berbicara tapi tiada bicara aku mahu berkata tapi tiada kata aku mahu bersuara tapi tiada suara... aku biarkan jemari berbicara aku biarkan jemari berkata aku biarkan jemari bersuara... aku selesa bibir membisu aku selesa jemari bersuara aku selesa bila begitu... biar sunyi tanpa bunyi biar berbunyi dalam sunyi...