Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

perlunya wanita solat di awal waktu

assalamualikum.. salam mahabbah buat kamu.. aisey.. dalam beberapa hari nih aku asyik dok meraban je, kan.. dah tu asyik kena gelak. okeyh fine! ada lorry ada bus, kau tunggu aku balas.. huhuu.. ehh straight to the station.. kali ni aku just nak share siket dengan kamu. aku nak bagitau or kongsi tentang sebab apa muslimat/wanita digalakkan solat di awal waktu . kamu tau tak apa sebabnya? sebenarnya, simple je sebabnya. cuma kuatir muslimat akan menerima empat tetamu . walaupun empat je, tapi jangan ambil enteng ye!  the first VVIG is Malaikat Izrail. of cause la dia datang nak cabut nyawa kan. takkan cepat mahupun lambat walau sesaat. be aware.. second VVIG, kunjungan bahagia oleh miss period (darah haid). haa kalau jepoon dah takluk, memang tak boleh nak buat apa.. third VVIG,  mrs nifas (bersalin). the last but not least VVIG is kehadiran tetamu ke rumah (bimbang kita ni dok leka layan tetamu sampai lupa tak solat lagi). yela, kalau tetamu datang mesti nak bagi first class punya

Larangan mengharap kematian

Assalamualaikum.. Bismillah Anas r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian mengharap harapkan kematian kerana sesuatu bahaya yang menimpa. Namun, jika ia terpaksa melakukannya, hendaklah ia berdoa, " Ya Allah, panjangkanlah umurku jika hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku ". [hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim] Sesungguhnya islam telah melarang kita mengharapkan kematian dan berdoa dengannya. Larangan ini bertujuan agar orang yang baik boleh menambahkan amal kebaikannya dan orang yang sebaliknya (jahat) kembali bertaubat dari kesesatannya. wallahualam..

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Assalamualaikum selamat pagi semua.. hari ni macik nak berkempen kat semua tapi bukan la kempen raih undi pilihan raya tuh.. ni haa kempennye.. Cover Your Aurat Campaign, show your support! by  thepotpetking bismillah.. Semua mesti tau kan yang tutup aurat ni hukumnya WAJIB! wajib ke atas diri setiap muslim Tak kira la, lelaki ke perempaun ke. yee, dua-dua kena!! (takde terkecuali) Allah berfirman: "wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu [bahan-bahan untuk] pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itulah tanda-tanda [limpah kurnia] Allah [dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya] supaya mereka mengenangnya [dan bersyukur]".  -surah al-A'raf; 26- so, takde alasan kalau tak nak tutup aurat.. kan?! Lagi satu, takde maknanya kalau 'tak sampai seru'.. Dah terbukti awal-awal lagi Allah dah 'menyeru' kat kita semua.. bukannya susah nak tutup aurat ni ka

Doa untuk elak L.U.P.A..

assalamualaikum.. luubb luubb sihat tak hari ni?! hehee korang nak tau tak masa tengah selak-selak majalah solusi tadi kan, terjumpa la satu doa ni wahh! macam 'teruja' je makcik nak share dengan semua.. tapi ni doa biasa je la,  bukan doa nak guna-gunakan orang, sebab  nak dia 25 jam ingat kat kite! tak baek tau 'guna-guna'kan orang  ish...ish..ish.. ******* doa untuk elakkan lupa bismillah.. "Ya-Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redailah kami dan redailah pula semua usaha kami." [riwayat Tarmizi] [google mari] Menurut Ahmad al-Tarmizi, doa ini dibaca oleh Rasulullah sebaik sahaja selesai menerima wahyu. oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang telah dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.. InsyaAllah.. ****

kemaafan??! manisnya..!

assalamualaikum semua.. hello hello helloooo.... ~ maafkan dia?! susahlah nak maafkan salah silap orang.. ~ ala, tunggu je la time raya nanti baru bagi.. [mungkin ini yang selalu kita katakan bila dipinta memaafkan yang lain kan?] huissh.. ada ke macam tu? [tak hensem la bang, akak pun sama tak cun..] memberi maaf atau memohon maaf tu tak ada dan tak perlu masa yang specific semolek-moleknya biar la kita lakukan tiap kali sebelum masuk tidur maafkan la orang lain walaupun dia tak mintak maaf pun lagi tenang rasanya! firman Allah: "jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf (kebaikan) serta berpalinglah daripada orang yang bodoh." (surah al-Araf:199) Allah berfirman lagi: "perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (surah al-Baqarah: 263) Rasulullah juga bersabda: "tidak akan berkurang sedekah akan harta,

karipap pusing..

assalamualaikum.. weee.. ini adalah kelmarin punya cerita [ahad].. disebabkan terlampau rajin   aku ikut la mama tersayang shopin' barang dapur kat tesco.. jalan jalan,  pusing sana, pusing sini ambil itu, ambil ini.. huhhh borong habis! macam baru dapat gaji je.. bagus katanya.. [ini jari ayah aku] macam teruja je tengok cendawan ni! orang kat situ gelakkan aku sebab amek gambo ni.. biar la, sibok je.. okeyh dah bayar semua barang, kitorang terus ke rumah mak cik.  tak jauh dari tesco tu, dalam 2-3 jam naik unta! hehee alhamdulillah rezeki! langkah kanan dan bukan langkah kiri kitorang masuk rumah tu.. mak cik aku tengah nak buat karipap pusing!  pusing sampai pening aku tengok.. hik3 malangnya time aku sampai  doh dah siap adun, inti karipap pon dah siap masak!  so, melepas nak tau cara-cara nak buat doh n inti dia.. ***** ini je yang sempat disaksikan..    sedap! inti keledek.. [mcam kelakar bunyinya 'ke-le-dek'] doh di potong slice [ada la step dia sebe

mati sebagai syarat utama?! betul ke?

assalamualaikum and sweet sunday.. hey dude.. tau tak apa  syarat utama untuk kita bertemu Allah ? tak tau?! wokeyh lets me telling you.. 3, 2, 1.. the story begin.. ecehh bismillah.. Imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan: ketika nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail [malaikat la] untuk mencabut nyawanya, berkatalah nabi Ibrahim kepadanya: "wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih itu mencabut nyawa kekasihnya sendiri?" lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim kepada Allah. Maka allah memerintahkan Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "wahai Ibrahim. Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?" Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkatalah Ibrahim: "Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga!" So, inilah kesempurnaan mahabbah (kasih sayang) hamba

Pahala membaca al-Quran bagi yang lancar atau yang gagap

tok tok tok... assalamualaikum.. hye semua.. kali ini nak share sikit, pendek je pun..  ****** Pahala membaca al-Quran bagi yang lancar atau yang gagap.. google: baca Quran. Maksud hadis: Daripada Aisyah. Rasulullah bersabda: Orang yang mahir membaca al-Quran, darjatnya itu bersamaan dengan malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat (belum mahir/tidak lancar) dan terasa berat lagi lidahnya, dia akan mendapat dua pahala. [riwayat muslim] wallahualam

zuhud terhadap dunia

assalamualaikum.. syed habib abdullah al-haddad r.a bermadah: zuhudlah dengan hatimu di dunia yang mempersonakan orang-orang melihatnya sebagai sasaran berlumba-lumba menghulur menadah wadah bersama hati, duhau Tuhan amatlah hairan sedang ia bernilai kerdil, di sisi tuhan tiada setimbang sesayap nyamuk jelaslah si pengejarnya itu si bodah tongong ******* Allah berfirman: apa-apa yang di sisi kamu akan lenyap dan apa-apa di sisi Allah tetap kekal. [al-Nahl:96] ketahuilah kehidupan dunia hanyalah permainan dan hiburan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-anak seperti umpama hujan menumbuhkan tanaman yang mengagumkan orang-orang kafir, kemudian ttanaman itu menjadi kering dan kamu melihatnya mmenjadi kuning kemudian hancur. dan di akhirat ada azab yang teruk dan keampunan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (al-Hadid:20) Rasulullah bersabda: hendaklah engkau zuhud akan apa yang ada pada orang lain, nanti engka

ikhlas ke kita?!

assalamualaikum..  salam pagi sabtu semua.. ucap bismilah pembuka bicara, bicara biasa bukan la apa; coretan ringkas dikongsi bersama, kalau sudi baca je la.. [hehee.. tetiba rasa nak bermadah berhelah pula..] ****** ~ikhlas tapi jauh~ Rasulullah bersabda yang bermaksud, dari Mu'awiyah katanya, Rasulullah bersabda, " Janganlah kamu meminta-minta. demi Allah! tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya." (riwayat Bukhari) hal ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu lici

Awet Muda style Rasulullah..

assalamualaikum dan salam ceria! alhamdulillah dah melangkah ke hari baru, bulan baru, tahun baru ! semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah, insyaAllah.. haa makcik ada petua yang nak di share ni.. alaa cara nak awet muda la.. siapa tak nak awet muda kan? tipulah tu kalau ada yang jawab tak nak. tak baik tipu tipu, tuhan marah tau! [adeyh macam budak kecik je!] okey okey kembali ke pangkuan ibu pangkal jalan.  siapa nak try petua ni, silakan dan teruskan pembacaan. terima kasih ye.. sebaliknya, siapa yang tak mau tu sila cari dan tekan butang ' X ' kat penjuru atas belah kanan dengan BANGGA! ehemm.. errmm..  [tetiba cuak pulak.. bismillah.. fuhh kiri, fuhh kanan] ini adalah Petua Awet Muda cara Rasulullah tau.. 1. Facial  - caranya mudah. adalah berwuduk dengan air yang suci. hal ini kerana (ceh! cam nak jawab spm dulu je) wuduk dapat menyegarkan kulitwajah, mengekalkan serinya dan menghilangkan segala kekotoran. Al-Quran ada menyebut akan keistimewaan orang