Posts

Showing posts from November, 2012

Pelangi!

Image
Kau Macam PELANGI! Cantik  Lewat bias pandangan, Nak gapai? Hmm  Dalam angan saja la..

Makan: Lapar Atau Hobi?

Image
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga makcik main conteng-conteng pada ini blog. Lama sungguh tak meraban dalam erti kata yang sebenarnya. Sumpah rindu! hahha bajet. Makcik ada soalan. Ngee takde ribut, takde taufan tetiba terus tanya soalan, apakah? Uishh jawab je la, harap jawab dengan jujur lagi ikhlas setulus hati jiwa raga bakul besen baldi segala bagai =P
Soalan:  Kenapa kamu makan?
Jawapan:  a. Sebab lapar! b. Sebab hobi! c. Kedua-dua di atas ;)
Haa! Jawapannya??  Tepuk perut, tanya cacing yang terternak dengan sangat produktif itu hahha.

























Makcik tak pernah terfikir bahkan tak pernah terlintas pon soalan ni akan diajukan kepada kami minggu lepas. Tak duga, sangat di luar lubang bola golf! Makcik beserta kumpulan rombongan meminang dah tersenyum sipu je lepas soalan tu dilontarkan. Hamek kau, soalan ala-ala bom atom tetiba meletup!
Bibir dah tersengih-sengih.  Hailaa, macam dah terkena sebijik kat batang hidung je nih.
Hati pulak dah bermonolog sendiri; Eh! cop cop cop kenapa aku makan eh?  Sebab…