Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Curahan Bakti, Terkesan Di Hati

Assalamualaikum. Hai. Alhamdulillah Program Operasi Curahan Bakti anjuran Sekretariat Rakan Muda UiTM Segamat dah pun selesai. Makcik bukan exco pon tapi saja je menyibuk jadi facilitator hahaa.. Program 3 hari 2 malam di Felda Sri Ledang, Jementah Johor memenuhi masa cuti makcik sempena raya cina kali nih. Alhamdulillah keseluruhan program berjalan dengan lancar. Allah permudahkan urusan kami ^^, Banyak sangat pengalaman dan kenangan yang dapat dikutip sepanjang program. Suka, duka, tawa, tangis, pertemuan, perpisahan semuanya ada. Cukup rempah, sempurna adunan untuk dijadikan sebagai kenangan terindah dan pengalaman berharga. Buat exco Rakan Muda aka kawan-kawan makcik (Lieyna dan Syue), terima kasih atas 'paksaan' supaya makcik join program nih. At last, makcik bersyukur sangat sebab terturut serta dalam operasi curahan bakti nih. Banyak benda yang selama nih makcik tak pernah jumpa, kini dah jumpa. Apa yang dulu tak pernah buat, sekarang dah buat.  Daripada pro

Nikmat itu ;)

Assalamualaikum.. Bismillah.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk terus menumpang di alam ini. Syukur tak terhingga juga kerna masih diberi kesempatan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi level keimanan [insyaAllah] agar turut tergolong dalam kumpulan insan yang sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah. Lumrah manusia yang bernama manusia. Ada kala kita lupa, ada kala kita alpa dengan setiap nikmat kurniaan dari Pemberi. Kita cukup megah dengan apa yang kita punya, kita cukup bangga dengan apa yang kita miliki. Namun hakikatnya dan bukanlah hikayat semua yang kita ada, semua yang kita genggam hanyalah PINJAMAN SEMENTARA dari Maha Pemurah. Cukup masa kita harus pulangkan, kembalikan tanpa membuat sebarang counter offer. Alaa adat meminjam, jangan berangan Mat Kemat untuk memiliki secara total.  Udang yang tersembunyi sebalik mee sebenarnya adalah hanya sekadar satu ujian.  Nikmat Allah yang menimbun banyaknya kepada kita,

Keistimewaan Wanita #1

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita, Ketahuilah bertapa istimewanya menjadi wanita. Bertapa bertuahnya menjadi wanita. Dan bersyukurlah kerna menjadi wanita.. 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah; "Ibu lebih penyanyang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh. 3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali. 4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh. 5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan ana

Kebaikan Itu

" Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? " Al-Baqarah; 46 MasyaAllah, tetiba macam gerun pulak dengan ayat nih.  Dalam sibuk mengajak orang lain berbuat kebaikan, sepatutnya diri kita yang perlu diajak lebih ke arah itu. Biar sama-sama mengejar dan memperoleh ganjaran dari Allah, insyaAllah.. *ingatan dan peringatan untuk diri sendiri*