Skip to main content

Nikmat itu ;)

Assalamualaikum..

Bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk terus menumpang di alam ini. Syukur tak terhingga juga kerna masih diberi kesempatan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi level keimanan [insyaAllah] agar turut tergolong dalam kumpulan insan yang sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah.

Lumrah manusia yang bernama manusia. Ada kala kita lupa, ada kala kita alpa dengan setiap nikmat kurniaan dari Pemberi. Kita cukup megah dengan apa yang kita punya, kita cukup bangga dengan apa yang kita miliki. Namun hakikatnya dan bukanlah hikayat semua yang kita ada, semua yang kita genggam hanyalah PINJAMAN SEMENTARA dari Maha Pemurah. Cukup masa kita harus pulangkan, kembalikan tanpa membuat sebarang counter offer. Alaa adat meminjam, jangan berangan Mat Kemat untuk memiliki secara total. 

Udang yang tersembunyi sebalik mee sebenarnya adalah hanya sekadar satu ujian.  Nikmat Allah yang menimbun banyaknya kepada kita, sebenarnya bukanlah yardstick bahawa Dia mencintai kita. Namun hakikatnya segala nikmat Allah tu hanya sekadar umpan untuk menguji kita. Dia nak tengok sejauh mana kita boleh fully utilizekan nikmat tersebut. Cara bagaimana kita ambil untuk manage dan gunakan nikmat-nikmat tu. 

Sebagai contoh bila kita dibanjiri musibah, Allah sedang test kita apakah kita bersabar atau menyerah kalah. Apabila kita peroleh sesuatu kebahagiaan, apa mungkin kita bersyukur atau terus hanyut dibawa ombak kelalaian. Dan hanya orang yang lalai akan terus hanyut dengan keasyikan dan kesyahduan nikmat pinjaman itu. Tapi bagi mereka yang berfikir, nikmat-nikmat itu menjadi starter lampu pendaflour agar terus mengingati Allah lalu memperhebatkan tahap penjanaan kuasa kuda kehambaan mereka terhadap Maha Besar. 




"Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang- orang yang mengingkari (nikmat Allah)." 
Al=Qashash, ayat 82


wassalam.. Sampai ketemu lagi ^^,

Comments

Unknown said…
Bicara tentang ujian dan syukur, memang kita tak boleh lari daripada terus mendakap sifat kehambaan. Syukurlah. Kerana di saat kita sedar bahawa ada nikmat yang Allah limpahkan kepada kita, kita juga sedar, ada kesyukuran harus kita pamerkan.

:)
JumpZeera said…
^_____^

Alhamdulillah

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera.. astarfirullah.. beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan.. aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala  seperti yang dijanjikan.. entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1] ****** semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya. cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya. yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah ...