Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera..

astarfirullah..
beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan..
aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala 
seperti yang dijanjikan..

entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1]

******

semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya.

cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya.

yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah menyebut, "apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja tanpa mempunyai tanggungjawab dan bukankah dahulunya setitis air mani yang ditumpahkan, kemudian itu menjadi segumpal darah dan Allah ciptakannya dan menyempurnakan kejadiannya dan dijadikan oleh tuhan dua jenis, lelaki dan perempuan."

sekarang cuba kita renung seketika tentang proses kejadian manusia. firman Allah dalam surah al-Alaq:1-3 yang bermaksud, bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. tatkala sperma berjaya mengsenyawakan ovum, intipati bayi yang akan dilahirkan mula terbentik. sel tunggal yang dikenali sebagai zaigot segera mula membesar dengan membahagi dan akhirnya menjadi sebungkus daging. dalam surah az-Zummar pula, Allah menyatakan Dia telah menciptakan kamu dalam perut ibumu. kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.

tiga kegelapan itu adalah sejurus selepas persenyawaan berlaku, bayi akan melalui fasa perkembangan. di dalamnya, tiga bahagian yang berbeza-beza. bahagian pertama adalah tiub fallopio. ini adalah bahagian di mana telur dan sperma bersenyawa dan di mana ovum bersambung ke uterus. yang kedua, dinding rahim atau uterus, kawasan di mana zigot berpaut untuk mendapat nutrien yang diperlukan dalam perkembangan dan fasa ketiga ialah pundi amnio. ini adalah bahagian di mana embrio melalui perkembangan di dalam kantung yang dipenuhi dengan cecair pelindung.

jadi sebagai melakukan segala bentuk kemungkaran di muka bumi ini, kerana dulu kamu hanyalah setitis air mani hina yang relah melalui proses perubahan untuk menjadi individu yang sarat dengan berjuta-juta sistem dan mekanisme yang harmoni dan seimbang. walaupun ia terjadi di sebalik pengetahuan dan kesedaran kita, namun ia telah direka, dicipta dan ditadbir oleh pemilik Tunggal, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian umat manusia, supaya mereka benar-benar memahami bahawa pada hakikatnya mereka dibiarkan tanpa tujuan.

wallahu'alm..
sumber: lembayung kasih-Mu, ummu wafa, alaf 21.



**aku bukanlah seorang bijak pandai. hanya perkongsian dari pembacaan serta menjadi peringatan untuk DIRI SENDIRI dan bersama.. semoga kita sentiasa dirahmati Allah..
8 comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Mencari Ketenangan..

Rahsia Wuduk ..