Posts

Showing posts from February, 2015

Rasa

sesuatu yang dirasa terpaksa
lama-lama akan rela

sesuatu yang dirasa berat
lama-lama akan ringan

sesuatu yang dirasa payah
lama-lama akan mudah

sesuatu yang dirasa bosan
lama-lama akan mengembirakan

sesuatu yang dirasa pada awalnya
lama-lama akan berubah pada akhirnya

aku
10022015:2338


Tenang

tenang
tenang
tarik nafas 
sedalamnya

kecil saja 
jentikkan masalah
besar mana 
garis sabar

itu yang mahu Dia lihat

aku
08022015:2211


Hakikat

orang memandang
orang menilai 
orang menyangka juga

menyaluti 
peratusan ke seratus
maksima 
sempurna!

hakikat
disembunyi Allah 
keaiban diri

sayangkan Dia
menjauh serongnya pandangan
yang lain terhadap diri


aku
05022015:2226

Redha

ia datang 
tanpa dipinta

namun 
aku hanya mampu terima

moga Allah mudahkan
tiap urusan-urusan ini

inshaAllah


aku
03022015:2127


Selamat Tinggal

Dalam siar-siar tengah kota
Namun buru-buru kejar waktu
Panik
Hilang arah

Datang trem berhenti  
Buka pintu 
Depan tempat diri terhenti
Cerna

Lalu kaki langkah tanpa paksa
Manusia lain ikut memenuh
Tidak ketahuan destinasinya juga 
Tiada transaksi sah untuk menaik

Hingga sedar ke pinggir bandar ia menuju
Buru-buru orak langkah
Keluar berada lokasi canggung
Oh

Kondisi lengang tepi jalan
Terangkat tangan menahan teksi
Arah diberi sebelum bergerak membelah sunyi
Menuju ke station sebenar

Seketika menjejak
Hoek Van Holland Haven 
Sebelum ditelan feri Stenaline
Membelah laut menuju Harwich

Selamat tinggal Amsterdam
Selamat tinggal masa lalu.


aku
02022015:1313



*Pantas masa berlalu.
Kenangan 10 tahun lepas seperti baru semalam tercipta :)

Buka

Duduk aku sisinya katil.
Melihat kamu lewat maya.
Duduk tengah kelilingnya manusia.
Berjaya telah kamu kecap.

Namun aku terus perhati.
Terukir bibir sedikit ke atas.
Hati disinggah cebis bahgia.
Lalu aku tanamkan azam.

Bulat.
Petak.
Tidak berbentuk.
Semua menerjah mengetuk rasa.

Terima kasih.
Kamu membuka sinar inspirasi.


aku
01022015:2259