Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang matanya cepat menangis Kerana takutkan ALLAH Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang hatinya lembut Kerana cintakan Rasul Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang menundukkan hawa nafsunya Untuk mengikut pedoman Rasul kerana cintakan ALLAH Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang siangnya cergas Malamnya tegar berdiri Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang dunianya zuhud Akhiratnya tamak Apakah dapat kutemui jasad-jasad seperti itu Jiwa-jiwa seperti itu Apakah mata ku buta dalam memberi penilaian Apakah silap hidungku kerana tidak dapat menghidu Apakah hatiku mati hingga tidak dapat mengesan Persetankan semua itu , aku tetap ingin mencari Mencari jiwa pemuda yang tenang dalam agamanya Mencari roh yang tegar atas jalan yang lurus Mencari hati yang cintakan ALLAH dan Rasul-Nya Mencari dada yang selamat aqidahnya Mencari jasad yang sudah haus kerana ibadat Lalu... Mengapa perlu aku mencari semua itu Aku juga pemuda...