Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Soal

🍁 Haru biru! Lepas kau lontar Cuma dengan satu soalan. 🍁 Terima kasih! Kau jentik sedar Pada diri sedang lena. 🍁 Doakan aku Gagah terus berdiri Dengan atau tidak kau di sisi. 🍁 Aku 06102015;1744

Dakapan Asap

Ku lihat langit Kabur! Tercari kaca mata Rupanya tersedia pakai. Lalu ku tanya Pandangan ku sakit atau apa? Alhamdulillah Sisa nikmat masih dipinjamkan. Kata mereka Asap kotor menyelimuti ruang. Allah! Peringatan dari Mu lagi. Benar seperti kata Mu. Manusia ini berbuat ingkar menerus. Ingatan demi peringatan Kau kirim nyata lagi jelas! Lumrahnya manusia Mohon diampunkan tika susah Dalam senang alpa seringkali Berbuat syirik pada Mu. Jauhkan kami bersifat begitu Seperti mereka dalam ad-Dukhaan. Jadikan kami pengambil ibrah Setiap detik bersama Mu. #selangorjerebuteruk Aku 28092015;0801

Terus

Teruskan. Langkah demi langkah. Teruskan langkahan itu. Langkah dan teruslah melangkah. Tuju ke depan. Langsung deraskan langkah. Toleh ke belakang boleh. Lari ke belakang usah berani. Tali akhir menanti pasti. Laju perlahan itu pilihan. aku 22052015:0338

Selepas itu.

Selepas makan buat apa? Basuh tangan bukan? Begitu juga selepas memasak. Haruslah ingat  untuk membasuh perkakas yang telah digunakan. aku 12052015:2026

Rasa

sesuatu yang dirasa terpaksa lama-lama akan rela sesuatu yang dirasa berat lama-lama akan ringan sesuatu yang dirasa payah lama-lama akan mudah sesuatu yang dirasa bosan lama-lama akan mengembirakan sesuatu yang dirasa pada awalnya lama-lama akan berubah pada akhirnya aku 10022015:2338

Hakikat

orang memandang orang menilai  orang menyangka juga menyaluti  peratusan ke seratus maksima  sempurna! hakikat disembunyi Allah  keaiban diri sayangkan Dia menjauh serongnya pandangan yang lain terhadap diri aku 05022015:2226

Selamat Tinggal

Dalam siar-siar tengah kota Namun buru-buru kejar waktu Panik Hilang arah Datang trem berhenti   Buka pintu  Depan tempat diri terhenti Cerna Lalu kaki langkah tanpa paksa Manusia lain ikut memenuh Tidak ketahuan destinasinya juga  Tiada transaksi sah untuk menaik Hingga sedar ke pinggir bandar ia menuju Buru-buru orak langkah Keluar berada lokasi canggung Oh Kondisi lengang tepi jalan Terangkat tangan menahan teksi Arah diberi sebelum bergerak membelah sunyi Menuju ke station sebenar Seketika menjejak Hoek Van Holland Haven  Sebelum ditelan feri Stenaline Membelah laut menuju Harwich Selamat tinggal Amsterdam Selamat tinggal masa lalu. aku 02022015:1313 *Pantas masa berlalu. Kenangan 10 tahun lepas seperti baru semalam tercipta :)

Buka

Duduk aku sisinya katil. Melihat kamu lewat maya. Duduk tengah kelilingnya manusia. Berjaya telah kamu kecap. Namun aku terus perhati. Terukir bibir sedikit ke atas. Hati disinggah cebis bahgia. Lalu aku tanamkan azam. Bulat. Petak. Tidak berbentuk. Semua menerjah mengetuk rasa. Terima kasih. Kamu membuka sinar inspirasi. aku 01022015:2259

Menanti Last Paper

Menghitung hari,  ternanti-nanti kehadiran last paper. Ya itu yang sedang semua orang hadapi,  tidak terkecuali aku. Kalau dulu zaman diploma,  last paper sama erti hari pulang ke rumah. Tapi tidak lagi sekarang! Kerna, tiap kali lepas paper pintu rumah destinasi wajib tuju   Jadi apa lagi yang istimewanya last paper? Jawapan aku,  no comment!  (hahaha jawapan klishe sangat) Aku nak tanya. Siapa tak suka nak balik rumah bersama keluarga, kan?  

Kau

Alhamdulillah.  Aku gembira tengok kau gembira. Rasa terinspire dengan kejayaan yang sedang kau genggam. Walau hanya pandangan dari jauh ini. Moga Allah sentiasa merahmati dan meredhai kau. aku 05012015:1616