Posts

Showing posts from January, 2013

Hati Kita

" Hati ibaratnya seperti bunga. Perlu sentiasa disiram. Agar daunnya tidak layu. Bunganya kembang tak kuncup semata. "
hindarkan hati dari dinoda. tanamkan ia dengan cinta Allah swt  dan Rasul saw sirami sentiasa dengan zikrullah :)


Menanti.

Mati.
Aku rasa ia semakin hampir.
Entah. Tak dapat aku usir rasa ini.
Mereka marah bila aku bicara tentang 'mati'. Tapi itulah yang aku rasa.
Mungkin benar rasa hati. Siapa tahu ajal ditarik dari pinjaman.
Tak banyak, sikit saja aku pinta. Hanya sekalung doa juga kemaafan.
Yang menanti, aku. 2801;0541

Kisah Semalam

Sedikit coretan kisah semalam.
Sedang kami sibuk ralit menjual popiah di gerai, tiba-tiba kami didatangi seorang pakcik. Seorang pakcik yang sangat murah dengan senyuman. Dari jauh dah kelihatan gerak kakinya sedang dihayun perlahan munuju ke gerai kami. Aku layan kunjungan si pembawa rezeki ini seperti layanan kepada pelanggan yang lainnya. 
Pakcik: Ada cempedak tak? Aku: Apa dia pakcik? Pakcik: Sini ada jual cempedak goreng tak? Aku: Maaf pakcik. Kami tak jual la. Tapi kami ada jual popiah dengan burger mini. Pakcik: Ada apa je tadi? Aku: Ada popiah goreng. Popiah telur dengan popiah ayam. Pakcik nak?
Mulut aku memang automatik akan jadi becok, bila berbicara dengan orang yang aku rasa macam dah lama kenal. Mungkin bila sembang dengan pakcik ni, terasa macam sembang dengan ayah sendiri kot.
Tiba-tiba, rendah saja suaranya.
Pakcik: Kalau dua ringgit, dapat tak? Aku: ahh?
Aku perhati saja setiap gerak laku pakcik tu. Perlahan saja dia keluarkan tempat penyimpan duitnya dari saku seluar. Dengan pe…