Skip to main content

Kisah Semalam

Sedikit coretan kisah semalam.

Sedang kami sibuk ralit menjual popiah di gerai, tiba-tiba kami didatangi seorang pakcik. Seorang pakcik yang sangat murah dengan senyuman. Dari jauh dah kelihatan gerak kakinya sedang dihayun perlahan munuju ke gerai kami. Aku layan kunjungan si pembawa rezeki ini seperti layanan kepada pelanggan yang lainnya. 

Pakcik: Ada cempedak tak?
Aku: Apa dia pakcik?
Pakcik: Sini ada jual cempedak goreng tak?
Aku: Maaf pakcik. Kami tak jual la. Tapi kami ada jual popiah dengan burger mini.
Pakcik: Ada apa je tadi?
Aku: Ada popiah goreng. Popiah telur dengan popiah ayam. Pakcik nak?

Mulut aku memang automatik akan jadi becok, bila berbicara dengan orang yang aku rasa macam dah lama kenal. Mungkin bila sembang dengan pakcik ni, terasa macam sembang dengan ayah sendiri kot.

Tiba-tiba, rendah saja suaranya.

Pakcik: Kalau dua ringgit, dapat tak?
Aku: ahh?

Aku perhati saja setiap gerak laku pakcik tu. Perlahan saja dia keluarkan tempat penyimpan duitnya dari saku seluar. Dengan penuh perlahan juga dia menarik zip sebelum dua keping not satu ringgit dikeluarkan. Allahurabbi...

Ketika itu, aku seperti dah tak terkata apa. Hanya mampu melihat setiap gerak tubuh pakcik tu sambil menahan rasa. Aku minta sahabat yang berada di sebelahku untuk 'settle'kan pakcik tu. Aku berpaling ke arah lain. Dah tak mampu menahan sebak. Tapi aku masih mendengar suara bicara pakcik tersebut.

Pakcik: Eh, ni berapa ni?
Sahabat: Betul la. Pakcik nak beli dua ringgit kan? jadi, dua ringgit dapat enam (popiah).
Pakcik: Owhh. 

Allahuakhbar! Subhanallah! 

Dalam aku sibuk cakap 'aku takda duit' (biasa la student, hujung bulan pokai sikit) , rupanya ada insan lain yang lebih diuji daripada aku. Sekurangnya untuk satu hari aku masih lagi mampu makan nasi. Bersyukurlah! Bersyukurlah wahai diri!

Lumrah manusia merasakan yang dia la yang paling serba tak cukup. Hakikatnya, masih ramai lagi insan-insan lain yang lebih 'tak cukup' dari kita, kan? Ya Allah, alhamdulillah. Kunjungan tarbiyah untuk aku melalui kehadiran pakcik tersebut. 


p/s: Jangan dipersoalkan, apa dan kenapa.

kerdilnya aku
0259;23012013

Comments

sweet tooth said…
uih....insaf...insaf....

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa