Skip to main content

Pendiam? Buku Aiman Amri & Aqila Masri

Assalamualaikum, hai.

 Ramadhan hari ke-8 dan PKP hari keberapa-tah-dah-hilang-kira hmm. Duduk rumah semua hilang dari kira.

 Hiks termasuk sini lagi. Maksud dia apa? Tengah acah semangat nak buat esaimen tapi termenyimpang haha. Biasa sangat la buat perangai macam ni. Mengarang refleksi tak mau, tulis dalam blog rajin pulak la eh :p

 Beberapa hari lepas ada terima eBook dari publisher sebagai ganti sementara buku fizikal yang mereka tak dapat pos asbab kekangan PKP ni. Bagi aku ni satu inisiatif yang menarik! Ye la kan, bila je lagi nak ada masa banyak untuk baca buku secara marathon. Tapi aku pilih untuk baca beberapa eBook saja. Nak reserve bacaan fizikal nanti. Baru best bila pegang buku betul, ye tak?

Ni antara buku terpilih. Pendiam? tulisan Aiman Amri dan Aqila Masri.

Poster promo pre-Order.


Sedikit Sinopsis Pendiam?

 Macam biasa apa yang aku rasa, akan diterjemahkan dalam bentuk coretan ringkas di twitter. Semestinya tempat meraban untuk luahkan apa yang ada dalam fikiran juga hati (tipikal sikap introvert) hoho. Biasanya banyak tulis benda merepek dan takda siapa pun baca (aku rasa), tapi tak tau la kenapa tiba-tiba post ni diberi perhatian. Memang tiada ulasan panjang lebar, review atau apa saja berkaitan isi buku. Hanya sekadar luahan kegembiraan sendiri sebab dapat baca buku ilmiah dan berfakta ni dalam tempoh masa yang bukan seperti kebiasaan.



 Berdasarkan respon dan pertanyaan yang diajukan, aku rasa ramai gila minat nak baca buku-buku bertemakan seperti ini. Siapa saja tak minat berkaitan ilmu psikologi kan? Suatu benda yang sangat rapat dengan diri kita. Tak pelik kenapa buku ni boleh jadi top 2 carta masa pre-order haritu. Kudos aku ucapkan kepada penulis! Cara olahan dan penyampaian sedikit santai serta mudah untuk difahami. Tak macam buku kebiasaan, yang tiap kali baca ada rasa nak muntah hijau sebab terlalu fakta; rasa macam baca jurnal! 

Ni sedikit petikan yang aku ambil.

Petikan Buku Pendiam?

 Aku menyambut kehadiran buku ni dengan rasa gembira. Ia bagai meraikan kelainan yang selama ini dipandang sebagai kekurangan diri. Buat yang nak tahu kenapa kami begitu, bacalah. Buat yang terasa kerdil menjadi seorang introvert, tolong baca buku ni. Awak akan temu kebahagiaan serta akan rasa bangga dan sayang lebih pada diri sendiri lepas tu hahha. Bagi aku tak rugi baca, tak kira diri korang dominan kepada introvert atau ekstrovert. Kat sini tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah.


P/s: Boleh dapatkan buku ni kat kedai buku berhampiran ataupun beli saja melalui web www.imanshoppe.com (klik sini kalau nak beli!)


Okeyh, sekian saja tulisan kalini. Sesungguhnya tulisan ini tidak dibayar mana-mana pihak hahaha.



aku;
01052020:1303

Comments

Popular posts from this blog

Jawatan Kosong! : siapa nak?

TERBUKA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT cepat!! sebelum terlambat! Jangan lepaskan peluang keemasan ini..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

MANGGIS MANGOSTEEN !

Hahaa.. Comel tak manggis makcik kat atas nih??! Ye ye makcik tau. Korang mesti kata manggis tu comel kan kan kan.. agaga.. Ni la akibatnya kalau idea kreatif atau lebih tapat dipanggil idea merepek meraban dah datang! Maka terhasillah sebuah hasil-seni-yang-tidak-pernah-dan-tidak-akan-diiktiraf !  Alhamdulillah. Semalam, makcik dapat la sepasang b uah manggis nih dari salah seorang sahabat makcik. Syukran ya FAIZA. Wahhh dah lama tak makan manggis mangosteen nih. Dan disebabkan dah lama tak makan kan, buah nih pun jadi la perhiasan di meja study sahaja. Bukan tak nak makan, cumanya makcik tak ingat camne cara nak bukak buah nih! Aigooo =.= Takpe la manggis, kau orang duduk je la diam-diam kat atas meja tu eh. Nanti bila makcik dah ingat camne nak bukak, baru makcik makan. ngeh ngeh ngeh.. *mereng* Owhh okeyh. Tak sempat nak ingat, tetiba sahabat makcik FADZILAH datang. Baru je tadi. Dia yang tolong settlekan sepasang buah manggis nih. Manggis-Tinggal-Kenangan ! hehee *...