Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

untuk AWAK tau..

surat entry saya buat awak .. *************** awak.. boleh dengar permintaan saya? ini bukan permintaan sebenarnya,  tapi sekadar harapan. awak.. bolehkah awak jadi jam loceng saya jika saya terlupa Dia. saya masih merangkak mengingati Dia, mungkin awak sedang berdiri mengingati Dia. bolehkah kita sama-sama berlari mengingati Dia? awak.. kadang-kadang kasih saya lebih kepada awak daripada Dia. bantulah saya curahkan kasih saya lebih untuk Dia daripada awak. awak.. ajarlah saya cintakan Dia lebih dari segalanya. awak.. bimbinglah saya untuk takut kepada Dia melebihi takut awak kepada Dia. di kala ini, cintaku sentiasa hanya untuk Dia! ************ **bestnya kalau dapat miliki cinta Allah dan Rasul.. insyaAllah

Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera.. astarfirullah.. beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan.. aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala  seperti yang dijanjikan.. entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1] ****** semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya. cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya. yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah meny

Ketentuan Allah.. [kongsi 1]

bismillah.. Hikmah Allah itu datangnya kemudian. Kadang-kadang kita tak sedar pun adanya hikmah dari Allah kerana kita tak mampu menjangkau ilmu Allah dan mengetahui bagaimana dia menyusun dan mentadbir kehidupan hamba-Nya.  Semestinya setiap orang yang mengaku beriman dengan Allah mesti meyakini bahawa Allah maha mentadbir dan maha menyusun. Sebenarnya, kita semua ini sebelum dilahirkan lagi telah ditulis jalur-jalur kehidupan yang dinamakan qada dan qadar. Janji allah itu telah tersurat sebelum roh dimasukkan dalam jasad kita sewaktu berada dalam kandungan ibu dan roh itu sendiri telah berjanji dengan Allah akan mematuhi perintah Allah bila dia berada di bumi kelak. Setiap kelahiran manusia dan haiwan, Allah menyediakan otak sebagai pusat yang mengawalan dan bertindak. Maka kelebihan manusia berbanding dengan haiwan pula ialah akal fikiran. Akal itulah yang dapat membezakan antara baik dan buruknya sesuatu perbuatan. Allah juga telah membekalkan al-Quran sebagai panduan hidup ke

senyum..

salam.. mari senyum ramai2.. yeah dah masuk hari baru.. -in advance!!- mulakan hari mu dengan senyuman!  SENYUM [sampai nampak gigi ni.. hehee] pernah dengar lagu senyum tak??! ala lagu malique ngan najwa 2.. mula2 aku dengar lagu ni, macam menyampah je.. tapi lama2, aku TERlayan pulak.. haishhh! malas nak upload video tok lagu ni aku letak lirik je eh! lagunye korang cari and play la sendiri..  [jajajaja.. jangan marah..] - Senyum -  Senyum senyum senyum Senyum senyum [Verse] Kacak luar Kacak dalam Kacak dengar sini Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali Kalau kita senyum Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit [Chorus] Senyum Tak perlu kata apa-apa Senyum Tak perlu kata apa-apa Senyum Tak perlu kata apa-apa Senyum tak perlu kata apa-apa Akhirnya sempurna tiga album pertama Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka Kalau habis abjad aku rap dengan angka Satu dua tiga anugerah diterima O

.::review album:..

salam.. dalam boring2 tadi kan, aku dok la bongkar selongkar cd2 mama aku tetiba aku terjumpa la cd ni.. [koleksi cd mama aku kebanyakannya memang untuk kanak2,  sebab mama aku ni cikgu skolah rendah] bagi aku lah, album ni kan  walaupun kanak2 yang nyanyi, tapi pergggghhhhh  best, sedap dan ada message tersendiri.. percaye lah! album: we're brothers and sisters penyanyi: Genius Aulad Talents ft Raihan antara lagu2 yang ade: - we're brothers and sisters [aku suke ni sangat2] - when i grow up - presents - we love Nabee Muhammad - the last train - my kind grandma - ipoh tree - wudhu' - why edutainment untuk family. sebuah album inggeris dengan nilai Islam. **dengar banyak kali pon tak boring! aku la tak boring? kamu?? try la ye..

lagu teman.. dengar tau..

salam.. aku nak nyanyi [dlm hati je] buat korang.. nak melalak skali pon boleh!! ehemm.. ehemm.. Pertama kali kita berjumpa Tidak kepastiannya ternyata Diriku dipenuhi soalan Ku tiada teman Aku terlihat insan yang keliru Air yang deras mencermin wajahku Kau menjelma memberi harapan Menghulur tangan Sempena hari mulia ini Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali Semua yang kerap kita mengadukan Kini jadi bahan rindu yang ku simpan Detik masa kini kedengaran Aku mengucap selamat jalan Kepada teman yang sering menghibur Dengan gurauan.. Bagaikan anak yang baru dilahir Titisan mata pun mula mengalir Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir Ku hargai semua yang terjadi Memang nyata dirimu takkan ada pengganti Semoga kita dapat bertemu semula Kerana aku yakin  kau akan sentiasa di hatiku.. **UiTM di hatiku.. ehh! korang semua di hatiku..  hehee

aku bukan malaikat.. iyeee!!

salam.. adeyhhhh aku maseh tak berjaye melelapkan mate dari semalam!! dan dengan banggenye aku dah khatam 1 novel! ' aku bukan malaikat ' tajuk buku 2 la.. hasil rudy hirdy terbitan pts ketebalan 632 muka tembok surat harge tak mahal sangat, cume rm22 .. buku ni banyak berkisar tentang pertembungan jalan hidup yang berbeza menjelaskan Allah itu Maha Adil, tanpa kire pangkat, darjat dan keturunan semua 2 Allah tetap beri dugaan.. dugaan Allah takkan melampaui kemampuan hambaNya aku tak lah pandai dalam bab2 ulas memulas ni.. so, kalau nak tau pasai pe buku ni kene la bace sendiri!! so far, alhamdulillah.. baguih gak.. [pendapat aku la.. laen org, laen persepsi] **aku baru berLIAR2 ngan novel2 islamik ni.. yelaa.. tak kan selamenye nak terbuai angan2 berade di dunia fantasi dok asyik bace novel mee cintan cinton yg merapu je..

Allah is calling..

Allah is calling but I didn't answer and when Allah is calling I just listen to the voices Allah is calling I just answer sometimes and when Allah is calling I just listen to the whispers Allah is calling I answer so many times Allah is calling I'm tired of them hardly forcing myself I have to accept it all and that is really me who's still not close to Allah **panggilan Allah lebih bermakna daripada panggilan dari seseorang..

tuntutlah ilmu itu!! kerana.....

salam.. selamat hari jumaat, penghulu segala hari.. semoga kita sentiasa di bawah payungan rahmat Allah.. ~insyaAllah~ dari Muaz bin Jabar r.a.  Rasulullah SAW bersabda: "pelajarilah ilmu pengetahuan kerana  mempelajarinya satu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad,  mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya [dengan kemurahan hati] dianggap mendekatkan diri kepada Allah, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan  muzakarah mengenainya adalah laksana melalukan ibadah solat" subahannallah.. Maha Suci Allah.. sebegitu sekali ganjaranNya kepada kita bertapa kasihnya Allah terhadap hamba2nya..

taubat DITERIMA?! bagaimana caranya ye..

salam, Sebagai manusia kita memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan kerana lahirnya kita ke dunia ini disertakan dengan nafsu yang berada dalam diri. memang sifat nafsu sering mengajak kepada kejahatan. ditambah lagi dengan syaitan yang sudah berjanji untuk menyesatkan semua umat manusia untuk dijadikan temannhya di dalam neraka kelak. Namun, Allah tetap memberi ruang dan peluang kepada hamba-hambaNya menghapuskan dosa dengan bertaubat. Allah berfirman: "sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaubat dan mensucikan dirinya." (al-Baqarah:222) Sesungguhnya Allah menerima taubat dari semua orang kerana Dia bersifat Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat. Para ulama ada menunjukkan cara bagaimana yang dikatakan bertaubat dan taubat yang digariskan oleh ulama adalah seperti berikut: bersungguh menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan  berusaha meninggalkan kesalahan tersebut tekad untuk tidak mengulangi lagi sekiranya kesalahan itu dilakukan ke

323 warkah untuk kamu..

salam.. kehadapan sahabatku yang dikasihi dan dicintai.. ecehh!! ketika kamu membaca ini warkah saya dalam perjalanan pulang ke rumah.. [silap2 dah tonggang tonggek kat rumah.. hahaa] tujuan saya mencoret ehh menaip surat zaman moden ni adalah: 1) untuk  menyatakan ucapan BILLIONan terima kasih   atas kesudian kamu berkolorasi dengan saya sepanjang satu semester ini.. kerjasama kamu amat dihargai.. / 2) di sini juga saya dengan relanya merendahkan diri yang sememangnya dah rendah ni,  ingin menggoda memujuk rayu menyemis MILLION kemaafan atas kekhilafan saya.. banyak perkara yang menyakitkan hati kamu sepanjang kita bersama saya tahu walau kamu tidak menyatakan.. harap kemaafan itu menjadi perkara yang paling manis! =) / 3) tujuan tidak berapa jelas.. X [tolong jelaskan ye] alamak cikgu tak terimalah jawapan camni hehee akhir kata, semoga persahabatn kita tidak ketemu titik noktahnya.. insyaAllah jaga diri juga peribadi ingat!! kamu kan dah besar sampai di sini sahaja,

indahnya bangun malam..

tengah syok tido tetibe je terjage.. dan tak boleh nak lelap balek!! haishh nape ye?? haaa mesti Allah suruh aku buat tahujud kot!! Astagfirullah.. lame dah tinggal.. tak istiqamah langsung macik ni la.. dah siap semua, aku pon on la ternet.. saje gatal tangan.. dan..  P.O.P!! tercari tentang kelebihan bangun tahajut.. Subahanallah nikmatnye!! ni la yang dapat aku rumuskan dari pembacaan tadi!! saje nak kongsi. untuk manfaat bersame jugak kan!! ************************************************************* keindahan bangun malam dapat dirasai jika kita m engabdikan diri kepada Allah dan menghabiskan sekurang-kurangnya 1/3 malam dengan melakukan ibadah dan menyerah hanya untukNya. banyak kelebihan bagi sesiapa yang gemar bangun malam ini:  Rasulullah s.a.w bersabda: "Manusia akan dikumpulkan [di hari kiamat] pada suatu padang [Mahsyar], lalu suatu suara menyeru: Mana dia orang yang telah meninggalkan tempat tidurnya [kerana beribat di tengah malam]? mereka

kita=rama"

dari ulat jadi kepompong, tidur nyenyak dalam kelongsong, cukup masa kelongsong pecah, pom! jadilah rama-rama yang indah.. rama-rama terbang merata, hisap madu di pokok bunga, sungguh cantik aneka warna, tapi sayang hidup tak lama.. begitulah hidup manusia, pada Allah kita berdoa, agar jadi insan mulia, tapi sayang hidup tak lama.. """""""""""""""""""""""""""""'''''''''''''"''''"""""""""""""""" Rama" disebut sekali sahaja dalam al-Quran untuk memberi gambaran mengenai keadaan manusia apabila datang hari Akhir;  "Pada hari manusia seperti rama" bertebaran,"(101:4)  **kita diciptakan dengan cukup indah dan penuh sempurna.. dari Dia kita datang, kepada D