Skip to main content

taubat DITERIMA?! bagaimana caranya ye..

salam,

Sebagai manusia kita memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan kerana lahirnya kita ke dunia ini disertakan dengan nafsu yang berada dalam diri. memang sifat nafsu sering mengajak kepada kejahatan. ditambah lagi dengan syaitan yang sudah berjanji untuk menyesatkan semua umat manusia untuk dijadikan temannhya di dalam neraka kelak.

Namun, Allah tetap memberi ruang dan peluang kepada hamba-hambaNya menghapuskan dosa dengan bertaubat. Allah berfirman: "sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaubat dan mensucikan dirinya." (al-Baqarah:222)

Sesungguhnya Allah menerima taubat dari semua orang kerana Dia bersifat Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat.

Para ulama ada menunjukkan cara bagaimana yang dikatakan bertaubat dan taubat yang digariskan oleh ulama adalah seperti berikut:

  • bersungguh menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan 
  • berusaha meninggalkan kesalahan tersebut
  • tekad untuk tidak mengulangi lagi
  • sekiranya kesalahan itu dilakukan kepada manusia hendaklah meminta maaf kepadanya terlebih dahulu. dan andainya orang yang kita lakukan kesalahan itu meletakkan sesuatu syarat untuk memaafkan kesalahan kita, maka tunaikanlah asalkan ia tidak melampaui batasan syariat,kerana kemaafan itu lebih utama.


Semoga dengan itu kita akan jauh dari pintu Jahannam serta azabnya..

**untuk ingatan diti sendiri jugak..

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera.. astarfirullah.. beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan.. aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala  seperti yang dijanjikan.. entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1] ****** semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya. cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya. yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah ...