Kau sentiasa bersama aku agar tetap menjadi kita. Aku sudi menambah memori kita dengan kehadiran kau. Kita tetap bersama andai kau setia menemani aku. 🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 aku 21082019;1616
Tanpa sangka. Hadir pesanan yang satu. Tanpa sangka. Hadiah pesan lihat kecil. Tanpa sangka. Hati perasaan sebak sebu. Tanpa sangka. Hebat putaran dalam diri. Terima kasih tanpa sangka. Aku 14072018:0933
Ya. Tambah. Erti diakhir makin banyak. Bukan berkurang itu hakikat. Namun usah fikir makin panjang. Sebaliknya menghitung tapak pendek. Ya. Tambah. Sentiasa pasak ingatan dalam. Aku, 10072018:0615
Dalam hidup ni jangan berlagak, sebab tak ke mana. Menipu pun jangan sekali, biar banyak kali. Baru seronok 💃 # urstupiditytotallyshown # kbye aku 10082017
Lain. Ia membawa maksud tidak sama. Lain. Ia membawa maksud tidak serupa. Lain. Ia membawa maksud ada perubahan. Lain. Ia membawa maksud ada perbezaan. Namun, Dalam kelainan bisanya kita cipta kesamaan.
Dihujani pelbagai kesibukan, itu lumrah seorang pelajar. Hari-hari. Ada saja assignment, quiz mahupun test ! Berkerut dahi fikirkan benda yang takkan habis. Adakalanya seronok. Adakalanya rasa nak hentikan semua itu. Namun inilah yang dinamakan R.A.R.E! Berserabut alam ni masa belajar, Bila dah tinggalkan nanti, sibuk pula nak merindui.. *Moga urusan, segalanya dipermudahkan Allah. Harapan tinggi agar sentiasa dalam redha-NYA. aku 160614;1229
Minggu lepas. Semalam. Hari ini. Ada saja perkabaran kematian yang diterima. Sungguh benar janji-Mu. " SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAKAN MATI " Al-Ankabut 29:57 Beruntunglah akan engkau. Kerna engkau sudah pulang ke kampung halaman. Kini aku menanti detik untuk mengikutimu ke sana .................| aku 120614:1925
Bila kita diuji itu tandanya ada sesuatu yang tak kena dengan perbuatan kita. Itu pandangan aku buat tika ini. Muhasabah diri. Tenangkan diri. Cari Allah. Itu yang terbaik sekarang. Moga Allah beri ketabahan juga kekuatan untuk aku. Mohon doanya. taktahukenapa; aku