Posts

Showing posts from February, 2014

Realitikan Angan

Bila tengok kejayaan seseorang,
Jujurnya hati rasa cemburu.

Rasa tercabar,
Naluri mahukan seperti itu.

Tapi andai kata-kata hanya dibibir,
Tak kemana juga pun.

Bila ada angan-angan,
Tidak sekali dilepaskan saja.

Masih punya kebarangkalian,
Angan-angan bertukar realiti.

Kuncinya ada pada kita;
Usaha, doa juga tawakal.

Pintu rezeki itu milik Yang Maha Mengetahui....|



Corat-coret: Teguran Itu Nikmat.

Image
Dengan nama Allah swt, aku buka bicara ini.
Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahuakhbar.
Alhamdulillah. Sedang aku lewati coretan di paparan maya, aku jumpa patah-patah ayat; tulisan milik kenalan. Tanpa aku rancang. Namun sudah semestinya, telah dirancang oleh Yang Maha Tahu.
Katanya; Seringkali bila dalam keadaan senang dan tenang, kita mudah lupa akan Dia. Sebaliknya kita mudah ingat pada Dia bilamana kita dalam keadaan sukar dan sulit. Jika demikian, yang mana sebenarnya nikmat, susah atau senang? Sesungguhnya setiap dari ujian itu adalah nikmat. Yakni, nikmat dalam mengingati-Nya.

Allah. Allah. Allah.
Astaghfirullahalazim. Lahaw lawala quwataillah billahil ali hilazim. Ini mungkin teguran dari Allah buat aku. Ditegur dengan coretan ringkas tapi dalam.
Itulah kita. Dalam keenakan melayari nikmat dunia,  sering saja terlupa akan-Nya. Walhal, Dia yang memberi akan semua nikmat tersebut.
Kerdil sungguh kita. Kerna dalam hati masih banyak karat-karat jahiliyyah. Moga Al…

Corat-coret: 2014, Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Dah masuk tahun baru.
Bererti mulanya perjalanan hidup yang baru.
Kini, mengorak langkah ke dimensi baru,
Dan semuanya nak baru ;)

Kalau dulu anak kecil.
Sekarang dah dewasa.
Kalau dulu belasan tahun.
Sekarang dah puluhan!

Kalau dulu jahilnya banyak.
Sekarang nak kikis banyak-banyak.
Kalau dulu banyak kurangnya.
Sekarang nak kurangkan biar jadi lebih baik, inshaAllah.

Moga Allah redha dan permudahkan segalanya.

Wassalam...|