Corat-coret: Teguran Itu Nikmat.

Dengan nama Allah swt,
aku buka bicara ini.

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Lailahaillallah.
Allahuakhbar.

Alhamdulillah.
Sedang aku lewati coretan di paparan maya,
aku jumpa patah-patah ayat; tulisan milik kenalan.
Tanpa aku rancang.
Namun sudah semestinya, telah dirancang oleh Yang Maha Tahu.

Katanya;
Seringkali bila dalam keadaan senang dan tenang, kita mudah lupa akan Dia.
Sebaliknya kita mudah ingat pada Dia bilamana kita dalam keadaan sukar dan sulit.
Jika demikian, yang mana sebenarnya nikmat, susah atau senang?
Sesungguhnya setiap dari ujian itu adalah nikmat.
Yakni, nikmat dalam mengingati-Nya.


Allah.
Allah.
Allah.

Astaghfirullahalazim.
Lahaw lawala quwataillah billahil ali hilazim.
Ini mungkin teguran dari Allah buat aku.
Ditegur dengan coretan ringkas tapi dalam.

Itulah kita.
Dalam keenakan melayari nikmat dunia, 
sering saja terlupa akan-Nya.
Walhal, Dia yang memberi akan semua nikmat tersebut.

Kerdil sungguh kita.
Kerna dalam hati masih banyak karat-karat jahiliyyah.
Moga Allah kurniakan hati yang sentiasa mengingati-Nya.
Tika senang mahupun susah.
Tak pernah culas;
walau sesaat.

Islah diri, 
moga kita terus istiqomah.
InshaAllah.


Wassalam...|



*Teguran itu satu nikmat. tegur saya, bila saya buat silap :)

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Mencari Ketenangan..

Rahsia Wuduk ..