Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hadis pilihan

Ramadhan, Kita Bertemu Lagi..

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. Ianya merupakan satu nikmat yang sangat perlu kita syukuri. ^^, Tak semua orang yang merindui ketibaan Ramadhan, yang ternanti-nanti bulan mulia ini berkesempatan melaluinya lagi buat tahun ini. Makanya, kita yang terpilih ini perlu memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini. Jangan sesekali sia-siakan, siapa tahu ini merupakan Ramadhan kita yang terakhir? Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan iman,  maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Riwayat al-Bukhari Rugilah bagi siapa yang telah melepasi Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan Allah.. Wallahualam...

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Silence is Joy!

Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadah dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya. Riwayat at-Tarmizi

Manisnya Sebuah Kemanisan

Rasulullah SAW bersabda;  "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan RasulNya adalah lebih dia cintai daripada selainnya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat mahupun dosa) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka" Riwayat Bukhari dan Muslim Kemanisan iman dalam kehidupan itu perlu dicari sepertimana kita mencari kemanisan gula untuk secangkir kopi ^^, *Moga Allah permudahkan kau, aku, kita dalam pencariaan ini InsyaAllah..

Kebaikan dan Dosa

Daripada Nawas bin Sim'an r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: " Kebaikan adalah akhlak yang baik,  sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu  dan engkau tidak suka orang lain melihatnya. " Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim WASIAT NABI ADAM A.S. Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya: Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu pekara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut, tentu aku tidak memakannya. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buat yang terlarang itu. *hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak resah gelisah ke...

Tinta Buat Kamu Sahabat

Sahabat Andai kau lihat kesalahan dan kesilapan aku Tegurlah aku Kerana aku adalah hamba biasa yang sentiasa melakukan silap dan dosa Mungkin apa yang aku lakukan Betul di mataku, sekadar di mataku Namun ia sebenranya salah Di matamu juga di mata Allah Tegurlah aku Beritahulah kesilapanku Agar aku tahu silapku Dan dapat memperbetulkannya Sanggupkah kau melihat aku terus berbuat silap? Membiarkan aku terus hanyut? Berenang terus dalam kejahillan? Terkapai-kapai mencari daratan yang selamat? Tegurlah aku, sahabat Kerana sahabat yang baik akan sentiasa menegur sahabatnya Walau payah, dia sanggup menegah silap tersebut Tak rela melihat sahabatnya melakukan dosa Jangan takut untuk memperbaiki aku. Kerana Takutlah siksa Allah andai meninggalkan aku  Terus tercicir dalam pengembaraan mencari redha Allah ini. InsyaAllah Moga ukhuwah yang terbina ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke Syurga Uhibbukum fillah.. ...

Agama Itu Nasihat

Bismillah.. Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: " Agama itu nasihat. Kami bertanya: 'Untuk siapa?' Baginda menjawab: 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya.' " Nasihat membawa erti kepada 'segala hal yang baik'. Perkataan ini dalam bahasa arab tiada yang pengertiannya setara. Sepertimana yang diperkatakan oleh ulama bahasa Arab tentang perkataan 'al-Fallah' yang tiada padanan seerti yang memberi maksud 'kebaikan dunia dan akhirat'. Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya diterima, suruhannya dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat tersebut nasihat tersebut tidaklah diwajibkan. 'Agama itu nasihat/ memberi makna bahawa nasihat adalah tiang dan penyokong agama.. *Wallahu a'lam. Perkongsian dari pembacaan.  Hadis 7, Ha...

Larangan mengharap kematian

Assalamualaikum.. Bismillah Anas r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian mengharap harapkan kematian kerana sesuatu bahaya yang menimpa. Namun, jika ia terpaksa melakukannya, hendaklah ia berdoa, " Ya Allah, panjangkanlah umurku jika hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku ". [hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim] Sesungguhnya islam telah melarang kita mengharapkan kematian dan berdoa dengannya. Larangan ini bertujuan agar orang yang baik boleh menambahkan amal kebaikannya dan orang yang sebaliknya (jahat) kembali bertaubat dari kesesatannya. wallahualam..

Pahala membaca al-Quran bagi yang lancar atau yang gagap

tok tok tok... assalamualaikum.. hye semua.. kali ini nak share sikit, pendek je pun..  ****** Pahala membaca al-Quran bagi yang lancar atau yang gagap.. google: baca Quran. Maksud hadis: Daripada Aisyah. Rasulullah bersabda: Orang yang mahir membaca al-Quran, darjatnya itu bersamaan dengan malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat (belum mahir/tidak lancar) dan terasa berat lagi lidahnya, dia akan mendapat dua pahala. [riwayat muslim] wallahualam

ikhlas ke kita?!

assalamualaikum..  salam pagi sabtu semua.. ucap bismilah pembuka bicara, bicara biasa bukan la apa; coretan ringkas dikongsi bersama, kalau sudi baca je la.. [hehee.. tetiba rasa nak bermadah berhelah pula..] ****** ~ikhlas tapi jauh~ Rasulullah bersabda yang bermaksud, dari Mu'awiyah katanya, Rasulullah bersabda, " Janganlah kamu meminta-minta. demi Allah! tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya." (riwayat Bukhari) hal ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu lici...

tuntutlah ilmu itu!! kerana.....

salam.. selamat hari jumaat, penghulu segala hari.. semoga kita sentiasa di bawah payungan rahmat Allah.. ~insyaAllah~ dari Muaz bin Jabar r.a.  Rasulullah SAW bersabda: "pelajarilah ilmu pengetahuan kerana  mempelajarinya satu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad,  mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya [dengan kemurahan hati] dianggap mendekatkan diri kepada Allah, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan  muzakarah mengenainya adalah laksana melalukan ibadah solat" subahannallah.. Maha Suci Allah.. sebegitu sekali ganjaranNya kepada kita bertapa kasihnya Allah terhadap hamba2nya..