Skip to main content

Kebaikan dan Dosa

Daripada Nawas bin Sim'an r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW,
Baginda bersabda:
"Kebaikan adalah akhlak yang baik, 
sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu 
dan engkau tidak suka orang lain melihatnya."
Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim



WASIAT NABI ADAM A.S.

Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya:
  • Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah.
  • Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu pekara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut, tentu aku tidak memakannya.
  • Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buat yang terlarang itu.

*hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak resah gelisah kepada perkara yang haram.

Comments

reza al-razi said…
ada yg berbuat dosa tpi tidak merasa bersalah & berdosa.. ada yg bebuat dosa & rasa menyesal malah jiwa menjadi derita dgn dosanya..

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Pendiam? Buku Aiman Amri & Aqila Masri

Assalamualaikum, hai.  Ramadhan hari ke-8 dan PKP hari keberapa-tah-dah-hilang-kira hmm. Duduk rumah semua hilang dari kira.  Hiks termasuk sini lagi. Maksud dia apa? Tengah acah semangat nak buat esaimen tapi termenyimpang haha. Biasa sangat la buat perangai macam ni. Mengarang refleksi tak mau, tulis dalam blog rajin pulak la eh :p  Beberapa hari lepas ada terima eBook dari publisher sebagai ganti sementara buku fizikal yang mereka tak dapat pos asbab kekangan PKP ni. Bagi aku ni satu inisiatif yang menarik! Ye la kan, bila je lagi nak ada masa banyak untuk baca buku secara marathon. Tapi aku pilih untuk baca beberapa eBook saja. Nak reserve bacaan fizikal nanti. Baru best bila pegang buku betul, ye tak? Ni antara buku terpilih. Pendiam? tulisan Aiman Amri dan Aqila Masri. Poster promo pre-Order. Sedikit Sinopsis Pendiam?  Macam biasa apa yang aku rasa, akan diterjemahkan dalam bentuk coretan ringkas di twitter. Semestinya tempat mer...

MANGGIS MANGOSTEEN !

Hahaa.. Comel tak manggis makcik kat atas nih??! Ye ye makcik tau. Korang mesti kata manggis tu comel kan kan kan.. agaga.. Ni la akibatnya kalau idea kreatif atau lebih tapat dipanggil idea merepek meraban dah datang! Maka terhasillah sebuah hasil-seni-yang-tidak-pernah-dan-tidak-akan-diiktiraf !  Alhamdulillah. Semalam, makcik dapat la sepasang b uah manggis nih dari salah seorang sahabat makcik. Syukran ya FAIZA. Wahhh dah lama tak makan manggis mangosteen nih. Dan disebabkan dah lama tak makan kan, buah nih pun jadi la perhiasan di meja study sahaja. Bukan tak nak makan, cumanya makcik tak ingat camne cara nak bukak buah nih! Aigooo =.= Takpe la manggis, kau orang duduk je la diam-diam kat atas meja tu eh. Nanti bila makcik dah ingat camne nak bukak, baru makcik makan. ngeh ngeh ngeh.. *mereng* Owhh okeyh. Tak sempat nak ingat, tetiba sahabat makcik FADZILAH datang. Baru je tadi. Dia yang tolong settlekan sepasang buah manggis nih. Manggis-Tinggal-Kenangan ! hehee *...