Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Kenapa kita hidup di dunia?

Bismillah.. Assalamualaikum... "Kenapa kita dihidupkan di dunia ini?" Mungkin persoalan ini pernah timbul di benak hati kita. Walaupun tak banyak, sikit tu mesti ada, kan? Kita menjadi tertanya-tanya. Kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Mengapa aku yang dipilih? Apa tujuan sebenarnya?! Astagfirullah, jangan merungut mahupun mempertikaikan itu semua. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk atas sesuatu kejadian.  Antara sebab atau tujuannya adalah: Untuk kita bersujud menyembah Allah Allah berfirman, "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."  [al-Bayyinah:98] Untuk kita menjadi khalifah di muka bumi ini Allah berfirman, "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat

Istinjak??! mari recall balik...

Apakah itu Istinjak??! Menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil ataupun besar. Rukun Istinjak?! Mestilah seorang Islam Dengan menggunakan air, batu, kertas, daun, benda kesat dan terjamin suci. Di qubul dan dubur Fardhu?!  Mestilah hilang najis, bau dan rasa Cara Istinjak?! 3 kali. kalau masih belum suci, boleh diulangi sehingga suci Alat yang digunakan untuk beristinjak mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.  Mesti dapat membersihkan tempat najis Hukum Istinjak?!  Wajib Sama ada dengan air ataupun batu. [air lebih baik sebagai pilihan] Menggunakan kedua-dua sekali juga adalah lebih baik. *makcik n sahabat2 merecall balik bab ni, petang semalam time koko: kelas kekeluargaan Islam..  hehe

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa

Penghalang dalam menuntut ilmu..

Bismillah.. Assalamualikum... Seperti yang kita semua ketahui, ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah. Adalah lebih tinggi beberapa darjat. Hanya orang-orang yang berilmu dan berakal sahaja la dapat memahami dan menghayati kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta berserta segala isinya. ILMU : tuntutlah ia.. 'No pain, no gain' tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa sebuah pengorbanan! Maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi.  Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang: - Niat yang rosak. - Ingin terkenal dan ingin tampil, menonjol dan menyerlah! - Lalai menghadiri majlis ilmu. - Beralasan dengan banyaknya kesibukan. - Mensia-siakan kesempatan belajar di waktu kecil. - Bosan dalam menuntut ilmu - Menilai baik diri sendiri - Tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari/diketahui - Put

Islam bukan sekadar hobi..

Bismillah.. Sesungguhnya kekuasaan yang sebenarnya adalah kekuasaan Allah. Adapun kuasa yang ada pada makhluk adalah kuasa yang majazi. Seandainya makhluk ini berkuasa, sudah pasti dunia akan ranap-seranapnya. Nilailah setiap sesuatu perkara dengan nilaian fikiran yang waras dan rasional. Letakkan akal dihadapan nafsumu. Ayuh pertahankan agama dan kalimah Allah di muka bumi bertuah ini. Jangan sesekali kita mengharapkan ganjaran di dunia tetapi kejarlah ganjaran akhirat dan kemanisan membawa kebenaran yang tidak ternilai di sisi Allah. Ingatlah Allah tidak pernah lekang dari hamba-hamba yang sentiasa mengingatiNya. Kita sebagai manusia, tanggungjawab kita di dunia adalah menjadi hamba yang ingin sentiasa mencari keredhaanNya. Hidayah Allah bukan suatu yang hanya dinanti, tetapi perlu dicari. Dan ingatlah kembali ikrar kita: "sesungguhnya hidup dan matiku hanya kerana Allah" yang mana setiap hari kita ucapkan ikrar ini didalam solat kita. Ketahuilah sahabat-sahabat, ia buka

4 tanda - kita dalam kategori mana eh??!

Assalamualikum Semoga Allah sentiasa merahmati kita hendaknya. InsyaAllah.. Apa kata kira renung-renung, fikir-fikir, bermuhasabah sejenak. sebenarnya la kan, kita ni hamba Allah yang macam mana?! Dalam kumpulan mana kita berada?! Dalam kategori orang yang bahagia ataupun orang yang sebaliknya? Antara 4 tanda orang bahagia: - Sentiasa dan suka mengingati dosa yang lalu lalu menginsafinya. menjadikan ia sebagai pengajaran agar tidak kembali mengulangi itu lagi. - Suka malah akan melupakan segala kebajikan dan kebaikan yang telah dilakukan. tidak timbul isu ungkit mengungkit di sini. - Dalam urusan agama, seseorang itu suka melihat orang ang lebih atas. orang yang lebih arif dan lebih berpengalaman. - Dalam urusan dunia pula, dia lebih gemar melihat orang yang lebih bawah. tidak hanya merasakan yang dirinya seorang yang berkuasa dan berhak. 4 tanda orang yang celaka: - Sering melupakan dosa yang lalu. padahal dosa itu masih dan sentiasa tersimpan di sisi Allah. - Suka menghebahk