Skip to main content

Posts

Showing posts with the label rumah

Rasa

sesuatu yang dirasa terpaksa lama-lama akan rela sesuatu yang dirasa berat lama-lama akan ringan sesuatu yang dirasa payah lama-lama akan mudah sesuatu yang dirasa bosan lama-lama akan mengembirakan sesuatu yang dirasa pada awalnya lama-lama akan berubah pada akhirnya aku 10022015:2338

Hakikat

orang memandang orang menilai  orang menyangka juga menyaluti  peratusan ke seratus maksima  sempurna! hakikat disembunyi Allah  keaiban diri sayangkan Dia menjauh serongnya pandangan yang lain terhadap diri aku 05022015:2226

Selamat Tinggal

Dalam siar-siar tengah kota Namun buru-buru kejar waktu Panik Hilang arah Datang trem berhenti   Buka pintu  Depan tempat diri terhenti Cerna Lalu kaki langkah tanpa paksa Manusia lain ikut memenuh Tidak ketahuan destinasinya juga  Tiada transaksi sah untuk menaik Hingga sedar ke pinggir bandar ia menuju Buru-buru orak langkah Keluar berada lokasi canggung Oh Kondisi lengang tepi jalan Terangkat tangan menahan teksi Arah diberi sebelum bergerak membelah sunyi Menuju ke station sebenar Seketika menjejak Hoek Van Holland Haven  Sebelum ditelan feri Stenaline Membelah laut menuju Harwich Selamat tinggal Amsterdam Selamat tinggal masa lalu. aku 02022015:1313 *Pantas masa berlalu. Kenangan 10 tahun lepas seperti baru semalam tercipta :)

Buka

Duduk aku sisinya katil. Melihat kamu lewat maya. Duduk tengah kelilingnya manusia. Berjaya telah kamu kecap. Namun aku terus perhati. Terukir bibir sedikit ke atas. Hati disinggah cebis bahgia. Lalu aku tanamkan azam. Bulat. Petak. Tidak berbentuk. Semua menerjah mengetuk rasa. Terima kasih. Kamu membuka sinar inspirasi. aku 01022015:2259

Mari Bersama

Jangan pentingkan diri sendiri. Kerna syurga itu terbuka untuk semua. Jangan abaikan mereka di sekeliling. Bila kita sedang kejar kebaikan. ........| aku 24082014:0319

Makan: Lapar Atau Hobi?

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga makcik main conteng-conteng pada ini blog. Lama sungguh tak meraban dalam erti kata yang sebenarnya. Sumpah rindu! hahha bajet. Makcik ada soalan. Ngee takde ribut, takde taufan tetiba terus tanya soalan, apakah? Uishh jawab je la, harap jawab dengan jujur lagi ikhlas setulus hati jiwa raga bakul besen baldi segala bagai =P Soalan:  Kenapa kamu makan? Jawapan:  a. Sebab lapar! b. Sebab hobi! c. Kedua-dua di atas ;) Haa! Jawapannya??  Tepuk perut, tanya cacing yang terternak dengan sangat produktif itu hahha. makan? Makcik tak pernah terfikir bahkan tak pernah terlintas pon soalan ni akan diajukan kepada kami minggu lepas. Tak duga, sangat di luar lubang bola golf! Makcik beserta kumpulan rombongan meminang dah tersenyum sipu je lepas soalan tu dilontarkan. Hamek kau, soalan ala-ala bom atom tetiba meletup! Bibir dah tersengih-sengih....

Durian Sememangnya Lazat

Kehidupan di dunia ini seperti Durian Nikmatnya sebentar cuma Jangan terlalu ghairah dengan 'kelazatan' yang terhidang Kelak merana menyesal tak sudah... *Awak suka makan durian? Sedapkan!

Isabella | Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Alhamdulillah, makcik berjaya juga habiskan buku nih. Setelah sekian lama mencari di ceruk rak buku acapkali ketika ke tokoh-tokoh buku (tapi hanya kehampaan yang ditemui) , akhirnya kami dijodohkan bertemu ketika Expo Buku Islam 2012 di Putrajaya tempoh hari. Hekeleh dah lama beli tapi baru sibuk nak mencanang berita. Ish, nak buat camna, bila peluang dan ruang untuk mentelaahnya baru je hadir, kan? Apa yang boleh makcik katakan, pencarian yang melelahkan tu sangat berbaloi! Tak sia-sia mencari seantero Lembah Klang (je kot), kerna ilmu yang terkandung dalam tu sangat la superb! Subhanallah! Sangatlah bermakna kepada sesiapa yang masih tercari-cari hujah dimana kuat dan benarnya Islam yang teramat perfect dibanding fahaman Kristian.  Terima kasih kepada mereka-mereka yang syorkan buku nih sebagai 'Buku Perlu Milik Dan Baca'. Jazakumullah khairan kathira ^^, Isabella – novel bertemakan teologi perbandingan agama antara Kristian dan Islam terbitan Pelima Media in...

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Silence is Joy!

Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadah dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya. Riwayat at-Tarmizi

Manisnya Sebuah Kemanisan

Rasulullah SAW bersabda;  "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan RasulNya adalah lebih dia cintai daripada selainnya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat mahupun dosa) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka" Riwayat Bukhari dan Muslim Kemanisan iman dalam kehidupan itu perlu dicari sepertimana kita mencari kemanisan gula untuk secangkir kopi ^^, *Moga Allah permudahkan kau, aku, kita dalam pencariaan ini InsyaAllah..

Kebaikan dan Dosa

Daripada Nawas bin Sim'an r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: " Kebaikan adalah akhlak yang baik,  sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu  dan engkau tidak suka orang lain melihatnya. " Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim WASIAT NABI ADAM A.S. Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya: Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu pekara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut, tentu aku tidak memakannya. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buat yang terlarang itu. *hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak resah gelisah ke...

Siapakah Dia Yang Gembira Itu?

Who is the happy one? The one whose heart is with Allah... "(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) Ketika orang-orang yang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (iaitu) kesombongan jahiliah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Allah mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa*, dam mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." al-Fath 48: 26 *Kalimat takwa; kalimat tauhid dan memurnikan ketaatan kepada Allah Subhanallah! Percayalah kita dengan janji Allah "Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (al-Ra'd 13:28)

Hidup Sepertinya Dalam Kedai Kain

Hidup kita nih sepertinya dalam kedai kain. Berdepan dengan banyak sangat pilihan! Pelbagai jenis Pelbagai corak Pelbagai warna Pelbagai harga Kita jadi rambang mata Semua nak, tiada yang terkecuali Tapi diakhirnya Kita pilih yang sesuai! Kita pilih yang terbaik! Kita pilih yang berkualiti! Jalan hidup kita juga begitu. Banyak pilihan terbentang depan mata. Yang lurus, yang bengkang-bengkok, yang berwarna-warni mahupun yang hanya hitam putih. Semuanya terpulang pada kita, cara hidup mana satu yang menjadi pilihan. Ini kerana, pilihan itu ada dalam hati kita lantaran keimanan pula bakal menentukan pilihan tersebut. "Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur." al-Insan 76: 3 Dalam cengkerang kacang;  Pilihlah yang cantik jangan yang buruk, yang menyenangkan jangan yang menyukarkan. 

Tinta Buat Kamu Sahabat

Sahabat Andai kau lihat kesalahan dan kesilapan aku Tegurlah aku Kerana aku adalah hamba biasa yang sentiasa melakukan silap dan dosa Mungkin apa yang aku lakukan Betul di mataku, sekadar di mataku Namun ia sebenranya salah Di matamu juga di mata Allah Tegurlah aku Beritahulah kesilapanku Agar aku tahu silapku Dan dapat memperbetulkannya Sanggupkah kau melihat aku terus berbuat silap? Membiarkan aku terus hanyut? Berenang terus dalam kejahillan? Terkapai-kapai mencari daratan yang selamat? Tegurlah aku, sahabat Kerana sahabat yang baik akan sentiasa menegur sahabatnya Walau payah, dia sanggup menegah silap tersebut Tak rela melihat sahabatnya melakukan dosa Jangan takut untuk memperbaiki aku. Kerana Takutlah siksa Allah andai meninggalkan aku  Terus tercicir dalam pengembaraan mencari redha Allah ini. InsyaAllah Moga ukhuwah yang terbina ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke Syurga Uhibbukum fillah.. ...