Masihkah kau ingat? Tanpa disengajakan, Kita bertemu. Ditempat yang indah. Aman dan tenang sekali. . . . . . Tak sangka, kan? Dari suatu kebetulan, Kita jadi rapat. Dua jasad yang berbeza, Boleh jadi satu jiwa yang seia dan sekata. . . . . . Sungguh indah aturan pertemuan. Gembira, tangis, suka mahupun duka. Adakala badai kekeruhan memukul. Senyuman di bibir akan kembali menghiasi wajah. Tiada erti kekesalan atas takdir yang berlaku. . . . . . Buat kamu yang dirindui kerana sang Pencinta, Aku doakan yang terbaik dari sini. Buat kamu yang dikasihi, Aku doakan yang selayaknya untuk kamu. Buat kamu, dari aku ... . . . . . aku 22082013;0308