Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

10 Wasiat Hassan Al-Banna ..

Alhamdulillah.. kali nih dapat berkongsi serba sedikit ilmu yang diperoleh bersama kalian. semoga ianya dapat menjadi panduan untuk kita [lebih-lebih lagi, diri ni sendiri] dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah.  Untuk memberi nasihat, diri ini tidak la sempurna mana bahkan banyak sangat yang kurangnya. tapi jika mahu menunggu tahap sempurna tu baru nak saling mengingati, tah sampai bila la kan. haaa.. tiada salahnya kalau kita berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan tersebut, betul tak? di sini, disenaraikan 10 wasiat Al-Banna untuk kita ; (1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun. (2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah. (3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul ; kerana Ba