Skip to main content

10 Wasiat Hassan Al-Banna ..

Alhamdulillah.. kali nih dapat berkongsi serba sedikit ilmu yang diperoleh bersama kalian. semoga ianya dapat menjadi panduan untuk kita [lebih-lebih lagi, diri ni sendiri] dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. 

Untuk memberi nasihat, diri ini tidak la sempurna mana bahkan banyak sangat yang kurangnya. tapi jika mahu menunggu tahap sempurna tu baru nak saling mengingati, tah sampai bila la kan. haaa.. tiada salahnya kalau kita berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan tersebut, betul tak?

di sini, disenaraikan 10 wasiat Al-Banna untuk kita ;

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

[Al-Banna ; Usrah dan Dakwah]

Dari pembacaan ini, sama-sama lah kita renungi dan hayati justeru perbaiki yang kurang dan tambahkan kebaikan.. insyaAllah 

*Astagfirullah banyaknya kekhilafan yang telah dilakukan.. semuanya berpunca dari diri ini yang sering lalai..


Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera.. astarfirullah.. beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan.. aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala  seperti yang dijanjikan.. entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1] ****** semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya. cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya. yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah ...