Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

RENUNGAN UNTUK PEMUDA ...

Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang matanya cepat menangis Kerana takutkan ALLAH Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang hatinya lembut Kerana cintakan Rasul Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang menundukkan hawa nafsunya Untuk mengikut pedoman Rasul kerana cintakan ALLAH Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang siangnya cergas Malamnya tegar berdiri Di manakah dapat ku cari Seorang pemuda yang dunianya zuhud Akhiratnya tamak Apakah dapat kutemui jasad-jasad seperti itu Jiwa-jiwa seperti itu Apakah mata ku buta dalam memberi penilaian Apakah silap hidungku kerana tidak dapat menghidu Apakah hatiku mati hingga tidak dapat mengesan Persetankan semua itu , aku tetap ingin mencari Mencari jiwa pemuda yang tenang dalam agamanya Mencari roh yang tegar atas jalan yang lurus Mencari hati yang cintakan ALLAH dan Rasul-Nya Mencari dada yang selamat aqidahnya Mencari jasad yang sudah haus kerana ibadat Lalu... Mengapa perlu aku mencari semua itu Aku juga pemuda

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Berhentilah Dengan Keberanian Menghadapi Diri Sendiri..

Assalamualaikum...  Rasa lapar dapat diusir dengan roti kering maka mengapa aku harus banyak menyesal dan ragu... Cuba kita tanyakan kepada diri kita pertanyaan-pertanyaan ini dan jawab la dengan bijaksana: i) Apakah kita tahu bahawa kita akan melakukan perjalanan tanpa kembali lagi?? Apakah kita telah membuat persiapan yang lengkap dan mantap untuk menyambutnya? ii) Apakah kita sudah membekali diri di dunia fana ini dengan amal soleh untuk menghibur keterasingan kita di alam kubur kelak? iii) Berapakah umur kita saat ini? Berapa lama lagi kita akan hidup? Apakah kita menyedari bahawa setiap sesuatu itu ada permulaan dan kesudahannya dan bahawa kesudahan yang akan kita alami adakah syurga ataupun neraka? iv) Adakah kita pernah membayangkan bahawa para malaikat turun dari langit untuk mencabut roh kita dan disaat itu kita dalam keaadan lalai lagi sia-sia? v) Adakah kita pernah membayangkan hari itu, saat terakhir dalam hidupan kita, ketika kita berpisah dengan keluarga, anak-ana

seek a forgiveness ..

Astaghfirullah , I seek forgiveness from Allah May Allah forgive us for our sins and have mercy on our souls.  May Allah  accept our duas and grant us blessings. InsyaAllah..

langkahku, langkahmu, langkah kita bersama..

  Ini langkahku yang kan ku ayun Walaupun payah tak akan jera Ini langkahku kan trus melaju Setegar karang bangkitkan jihadku *share dari sahabat-sahabat di fb, semacam dapat membakar semangat je!!