Skip to main content

Berhentilah Dengan Keberanian Menghadapi Diri Sendiri..

Assalamualaikum... 

Rasa lapar dapat diusir dengan roti kering
maka mengapa aku harus banyak menyesal dan ragu...

Cuba kita tanyakan kepada diri kita pertanyaan-pertanyaan ini dan jawab la dengan bijaksana:

i) Apakah kita tahu bahawa kita akan melakukan perjalanan tanpa kembali lagi?? Apakah kita telah membuat persiapan yang lengkap dan mantap untuk menyambutnya?

ii) Apakah kita sudah membekali diri di dunia fana ini dengan amal soleh untuk menghibur keterasingan kita di alam kubur kelak?


iii) Berapakah umur kita saat ini? Berapa lama lagi kita akan hidup? Apakah kita menyedari bahawa setiap sesuatu itu ada permulaan dan kesudahannya dan bahawa kesudahan yang akan kita alami adakah syurga ataupun neraka?

iv) Adakah kita pernah membayangkan bahawa para malaikat turun dari langit untuk mencabut roh kita dan disaat itu kita dalam keaadan lalai lagi sia-sia?

v) Adakah kita pernah membayangkan hari itu, saat terakhir dalam hidupan kita, ketika kita berpisah dengan keluarga, anak-anak, kekasih dan kaum kerabat? Sesungguhnya saat itu maut datang kepada kita dengan membawa sakaratul maut, kekerasan pencabutan nyawa dan segala penderitaannya. Sesungguhnya saat itu adalah hari kematian kita, setik kita menghadapi kematian.

Setelah roh terpisah dari jasad kita, kita dibawa ke tempat pemandian orang mati untuk dimandikan dan dibungkus dengan kain kafan. Sesudah itu, jenazah kita akan dibawa ke masjid untuk disolatkan, kemudiannya janazah kita dipikul di atas bahu beberapa orang lelaki untuk diusung ke mana?


Tentunya dibawa ke kawasan perkuburan, ia itu sebagai permulaan dari beberapa tahap hari akhirat. Seterusnya adakah tempat pengistirehatan kita berubah menjadi salah satu taman-taman syurga atau berubah sebaliknya menjadi salah satu jurang di antara juran-jurang neraka...

***
Renungkan la persolan ini.. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bertaqwa dan berbuat baik..


*perkongsian dari pembacaan..

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera.. astarfirullah.. beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan.. aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala  seperti yang dijanjikan.. entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1] ****** semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya. cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya. yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah ...