Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Bulatan yang Gembira

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah. Tetiba kali nih makcik rasa nak berbicara tentang bulatan gembira. Ye bulatan gembira! Alaa yang kita nyanyi 'bulat kecil, bulat kecil, bulat la besar' time zaman kanak-kanak dulu tu. Tak percaya ke? Okeyh sila percaya kata-kata nih. hahaa Beberapa hari nih, makcik asyik terkenang-kenang je pertemuan bulatan gembira. Rasa macam rindu sangat sangat sangat nak 'bergembira' walaupun hari-hari bertentang mata bulat-bulat dengan yang lainnya. Eh cop! Semua tau kan apa yang dimaksudkan dengan bulatan gembira tu? Alhamdulillah. Tapi mungkin ada yang first time dengar, okeyh sekarang kamu akan tau. Bulatan gembira tu sebenarnya merujuk kepada pertemuan 'Usrah' ataupun ada yang panggil liqa', halaqah mahupun dikusi ilmu. Perkataan 'Bulatan Gembira' tu mungkin lebih ringan untuk diterima dengar oleh gegendan telinga remaja-remaja masa kini, berbanding dengan perkataan usrah. Substit

Hendak Didustakan Nikmat Yang Mana?

Ya, nikmat Allah yang mana satu kita dustakan?  Soalan yang tampak mudah tetapi memakan berdetik-detik masa untuk diberikan jawapannya. Soalan yang bisa membuat kita bermuhasabah sejenak lantas berfikir dan bersyukur.

Semua Warga UiTM Segamat Dijemput Hadir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga UiTM Segamat.. Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) menganjurkan program "KARNIVAL EKSPLORASI ISLAM 11/12" Butiran program :  9 disember 2011 : Perasmian karnival eksplorasi islam 11 disember 2011 : Disebalik tahajud Cinta Oleh Imam Muda Hassan  7 Januari 2012 : Sujud Si perantau oleh Ustaz Kamarudin Majid (UiTM) 9 Januari 2012 : Saat Lafaz Sakinah oleh Ustaz Ann Wan Seng 17 Januari 2012 : Islamophobia oleh Ustaz Syaari  Pelajar Diploma dan Ijazah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Setiap program disediakan kupon. Syukran diucapkan. ^^

Agama Itu Nasihat

Bismillah.. Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: " Agama itu nasihat. Kami bertanya: 'Untuk siapa?' Baginda menjawab: 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya.' " Nasihat membawa erti kepada 'segala hal yang baik'. Perkataan ini dalam bahasa arab tiada yang pengertiannya setara. Sepertimana yang diperkatakan oleh ulama bahasa Arab tentang perkataan 'al-Fallah' yang tiada padanan seerti yang memberi maksud 'kebaikan dunia dan akhirat'. Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya diterima, suruhannya dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat tersebut nasihat tersebut tidaklah diwajibkan. 'Agama itu nasihat/ memberi makna bahawa nasihat adalah tiang dan penyokong agama.. *Wallahu a'lam. Perkongsian dari pembacaan.  Hadis 7, Ha

Ubah Dan Berubah

Assalamualaikum salam sejahtera  Bismillahirrahmanirrahim coretan dimulai. Perubahan itu sesuatu yang perlu. Ya tersangat perlu. Dari yang buruk ke tahap yang lebih bagus dan bukan yang sebaliknya. Tapi keikhlasan perlu hadir seiring dengan perubahan tersebut. Peduli apa kata orang kerna itu cuma godaan dari syaitan iblis yang 'jeles' dengan kita. Pekak tulikan saja telinga itu sebab mulut-mulut 'kurang tebu' itu akan berhenti bila mereka letih. Pasti anak tekak mereka perit andai terus mengejek, mengata dan memperlekeh perubahan kita. Persoalannya, siapa mereka untuk mempertikaikannya? Setidak-tidaknya kita berinisiatif untuk mencari dan menuju ke arah yang diredai. Tidak saja duduk penuh bongkak dalam lingkaran keselesaan yang kononya sudah cukup mulia. Seseorang pernah berkata; hidayah itu perlu dicari dan bukan hanya menanti ia muncul menjengah Seperti menunggu kiriman pos laju tiba depan pintu pagar rumah saja lagaknya. All

Menjadi Pelari Pecut

Diri ini bukan la baik mana. Ya.. Selalu juga terkhilaf!  Banyak compang-camping dan bengkang-bengkoknya. Tapi masih berusaha 'merangkak dan bertatih' untuk menjadi lebih baik. Semoga ini membolehkan diri 'berjalan tidak jatuh' dalam segala tindak tanduk Dan kemudiannya mampu 'berlari' serta bisa melatih yang lainya  Untuk bersama-sama menjadi Pelari Pecut yang akan memberi baton ajaran Allah ini kepada pelari lain InsyaAllah *Sememangnya mujahadah itu pahit kerana ganjaran syurga nanti sangat manis..

Berzikirlah.. Dengan Menyebut Nama Allah :)

SubhanAllah wal hamdulillah, wa la ilaa ha ilallahu, wa Allahu Akbar.. Gory be to Allah, all praise be to Allah, there's no God only Allah, Allah is Greatest.. Surah al-Ahzaab; 41-44 41. Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. 42. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. 43. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang) dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yan beriman. 44. Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mu'min itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka. wallahu a'lam

Mencari Ketenangan..

"Ingatlah! Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang" Ar-Rad; 28 Doa apabila menghadapi tekanan/stress; Maksud: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami,  dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)." Ali-'Imran 3: 173 *Ketenangan yang dicari sebenarnya sentiasa ada disamping kita.. 

ww - Andai Tanpa Cinta ...

Aku Pohon Dari Mu Sahabat...

Bila aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku. Sahabat, Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu.. -Hilal Asyraf; Terasing - sahabat, jangan biarkan aku terleka dan lalai dengan nikmat dunia semata. tegurlah aku andai diri ini alpa.

Rahsia Wuduk ..

Bismillah.. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".   Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".  Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-h

ww - Pashmina Yang Selayaknya Berharga RM10 tapi..

Bulan Puasa Bulan Ibadah bukan Bulan Memborong Sakan

Subahanallah..  alangkah indahnya kalau suasana kat malaysia pun macam nih.. beramai-ramai dekatkan diri dengan Ilahi; mencari cebisan pahala ibadah dan bukannya berbondong-bondong pakat borong semua baju dan kuih raya yang dijual.   - tipikal malaysian -

Puasa vs Aurat

Abu: Awak puasa? Minah: Yela.. Abu: Kenapa awak puasa? Minah: Bodohnya awak.. kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la.. Abu: Kenapa tak tutup aurat? Minah: Eh, suka hati saya la.. hak masing2.. Abu: Owh.. tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat? Janganlah menjadi hamba kepada PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH s.w.t. Semoga kita terpilih menjadi salah seorang hamba yang mendapat hidayah di bulan tarbiah yang penuh berkat & rahmat ini. sumber : status Syahirul.com

Ramadhan - 3

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” - (HR Bukhari dan Muslim) Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun, ramai yang malas bersahur dengan alasan mengantuk dan letih walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada setiap yang berpuasa.  K aum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Sahabat-sahabat diharap jangan malas untuk bersahur.. Kerana inilah yang membezakan puasa  kita dengan puasa agama lain.. Jangan lupa bersahur.. Selamat beramal.. :)

Ramadhan - 2

Dipetik dari "Apa Ertinya Saya Menganut Islam Apabila melakukan ibadah , hendaklah sesorang itu khusyuk sehingga dia merasai kelazatan dan kemanisan mengerjakannya hinggakan memberi kekuatan untuk dia berterusan mengerjakannya. Kekhusyukan ini yang disyaratkan oleh Rasulullah S.A.W

Ramadhan - 1

Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mempunyai 2 kegembiraan : 1.Apabila Berbuka Puasa. 2.Apabila Bertemu De ngan Allah K elak.  Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan dalam menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.  InsyaAllah :)

MANGGIS MANGOSTEEN !

Hahaa.. Comel tak manggis makcik kat atas nih??! Ye ye makcik tau. Korang mesti kata manggis tu comel kan kan kan.. agaga.. Ni la akibatnya kalau idea kreatif atau lebih tapat dipanggil idea merepek meraban dah datang! Maka terhasillah sebuah hasil-seni-yang-tidak-pernah-dan-tidak-akan-diiktiraf !  Alhamdulillah. Semalam, makcik dapat la sepasang b uah manggis nih dari salah seorang sahabat makcik. Syukran ya FAIZA. Wahhh dah lama tak makan manggis mangosteen nih. Dan disebabkan dah lama tak makan kan, buah nih pun jadi la perhiasan di meja study sahaja. Bukan tak nak makan, cumanya makcik tak ingat camne cara nak bukak buah nih! Aigooo =.= Takpe la manggis, kau orang duduk je la diam-diam kat atas meja tu eh. Nanti bila makcik dah ingat camne nak bukak, baru makcik makan. ngeh ngeh ngeh.. *mereng* Owhh okeyh. Tak sempat nak ingat, tetiba sahabat makcik FADZILAH datang. Baru je tadi. Dia yang tolong settlekan sepasang buah manggis nih. Manggis-Tinggal-Kenangan ! hehee *Mulut mak

HARGA SEKEPING RM10

- perkongsian dari pembacaan.. ***** "Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan. Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya. "Kenapa, ayah?" tanyanya. "Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu. "Koyak duit itu sehingga lumat." Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen. "Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya. Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya. Ruslan mengi

Berjemaah di Masjid (^ ^,)

manisnya solat berjemaah.. cubalah kalau nak tau!   -pinjam dari seseorang- indahnya bila kita dapat merasai kenikmatan solat berjemaah, kan?

Ketika Tangan Dan Kaki Berkata..

Akan datang hari Mulut dikunci Kata tak ada lagi Akan tiba masa Tak ada suara Dari mulut kita Berkata tangan kita Tentang apa yang dilakukannya Berkata kaki kita Kemana saja dia melangkahnya *** Subahanallah.. bait-bait yang menyentuh dasar hati. gerun rasanya! Astaghfirullah.. bila difikir balik macam-macam dah dibuat dengan tangan, kaki dan mulut ini. semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan keampunan Allah insyaAllah..

Xpdc Gunung Ledang - PERMAS Day 2011..

Assalamualaikum.. hai.. Ya Allah lama gila blog nih diabaikan. Dah berkulat-kulat nampaknya. Tu la akibatnya kalau terlalu sibuk dengan segala macam perkara. Berminggu-minggu jugak la urusankan aktiviti kelab; XPDC ke Gunung Ledang. Kebetulan projek ni under biro makcik.  Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai dengan jayanya. Dengan izin Allah ia berjalan lancar walaupun ada serba sedikit kekurangan sepanjang tempoh pelaksanaan program. Tujuan aktivi ni sebenarnya untuk melihat kebesaran Allah, menanam cinta kita kepada Allah, melahirkan rasa syukur atas nikmat kurniaNya disamping mencari pengalaman dan kenalan baru. Alhamdulillah kerjasama yang baik antara peserta dan ajk membautkan xpdc ini lebih bermakna dan terakam sudah sebuah  memori indah. :) Antara cebisan kenangan yang dapat diabadikan dalam sejarah: ukhuwah fillah abadan abada *Terima kasih kepada kakak2, abang2 serta sahabat2 PERMAS  atas tunjuk ajar dan bantuan yang diberi. Semoga Allah meredai, insyaAllah