Posts

Showing posts from September, 2015

Sikit

Baru diuji sikit
Sudah mahu mengalah.

Lembek!

šŸ˜’

Dakapan Asap

Ku lihat langit
Kabur!
Tercari kaca mata
Rupanya tersedia pakai.

Lalu ku tanya
Pandangan ku sakit atau apa?
Alhamdulillah
Sisa nikmat masih dipinjamkan.

Kata mereka
Asap kotor menyelimuti ruang.
Allah!
Peringatan dari Mu lagi.

Benar seperti kata Mu.
Manusia ini berbuat ingkar menerus.
Ingatan demi peringatan
Kau kirim nyata lagi jelas!

Lumrahnya manusia
Mohon diampunkan tika susah
Dalam senang alpa seringkali
Berbuat syirik pada Mu.

Jauhkan kami bersifat begitu
Seperti mereka dalam ad-Dukhaan.
Jadikan kami pengambil ibrah
Setiap detik bersama Mu.



#selangorjerebuteruk


Aku
28092015;0801