Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Isabella | Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Alhamdulillah, makcik berjaya juga habiskan buku nih. Setelah sekian lama mencari di ceruk rak buku acapkali ketika ke tokoh-tokoh buku (tapi hanya kehampaan yang ditemui) , akhirnya kami dijodohkan bertemu ketika Expo Buku Islam 2012 di Putrajaya tempoh hari. Hekeleh dah lama beli tapi baru sibuk nak mencanang berita. Ish, nak buat camna, bila peluang dan ruang untuk mentelaahnya baru je hadir, kan? Apa yang boleh makcik katakan, pencarian yang melelahkan tu sangat berbaloi! Tak sia-sia mencari seantero Lembah Klang (je kot), kerna ilmu yang terkandung dalam tu sangat la superb! Subhanallah! Sangatlah bermakna kepada sesiapa yang masih tercari-cari hujah dimana kuat dan benarnya Islam yang teramat perfect dibanding fahaman Kristian.  Terima kasih kepada mereka-mereka yang syorkan buku nih sebagai 'Buku Perlu Milik Dan Baca'. Jazakumullah khairan kathira ^^, Isabella – novel bertemakan teologi perbandingan agama antara Kristian dan Islam terbitan Pelima Media in

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

Silence is Joy!

Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadah dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya. Riwayat at-Tarmizi

Manisnya Sebuah Kemanisan

Rasulullah SAW bersabda;  "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan RasulNya adalah lebih dia cintai daripada selainnya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat mahupun dosa) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka" Riwayat Bukhari dan Muslim Kemanisan iman dalam kehidupan itu perlu dicari sepertimana kita mencari kemanisan gula untuk secangkir kopi ^^, *Moga Allah permudahkan kau, aku, kita dalam pencariaan ini InsyaAllah..