Skip to main content

Hidup Sepertinya Dalam Kedai Kain


Hidup kita nih sepertinya dalam kedai kain.
Berdepan dengan banyak sangat pilihan!

Pelbagai jenis
Pelbagai corak
Pelbagai warna
Pelbagai harga

Kita jadi rambang mata
Semua nak, tiada yang terkecuali

Tapi diakhirnya
Kita pilih yang sesuai!
Kita pilih yang terbaik!
Kita pilih yang berkualiti!




Jalan hidup kita juga begitu. Banyak pilihan terbentang depan mata. Yang lurus, yang bengkang-bengkok, yang berwarna-warni mahupun yang hanya hitam putih. Semuanya terpulang pada kita, cara hidup mana satu yang menjadi pilihan. Ini kerana, pilihan itu ada dalam hati kita lantaran keimanan pula bakal menentukan pilihan tersebut.


"Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur."
al-Insan 76: 3


Dalam cengkerang kacang; Pilihlah yang cantik jangan yang buruk, yang menyenangkan jangan yang menyukarkan. 

Comments

wah....sy sgt2 suka masuk kedai kain! pemborong kain tegar ni!
JumpZeera said…
@♥ cik kieranaa ♥ hehee boleh bagi org sini sikit kain tu.
mna tau, ada rezeki boleh bukak busines ke :D
Mrs Ijam said…
Nice!sangat suke perumpamaan ni:)

Popular posts from this blog

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Pendiam? Buku Aiman Amri & Aqila Masri

Assalamualaikum, hai.  Ramadhan hari ke-8 dan PKP hari keberapa-tah-dah-hilang-kira hmm. Duduk rumah semua hilang dari kira.  Hiks termasuk sini lagi. Maksud dia apa? Tengah acah semangat nak buat esaimen tapi termenyimpang haha. Biasa sangat la buat perangai macam ni. Mengarang refleksi tak mau, tulis dalam blog rajin pulak la eh :p  Beberapa hari lepas ada terima eBook dari publisher sebagai ganti sementara buku fizikal yang mereka tak dapat pos asbab kekangan PKP ni. Bagi aku ni satu inisiatif yang menarik! Ye la kan, bila je lagi nak ada masa banyak untuk baca buku secara marathon. Tapi aku pilih untuk baca beberapa eBook saja. Nak reserve bacaan fizikal nanti. Baru best bila pegang buku betul, ye tak? Ni antara buku terpilih. Pendiam? tulisan Aiman Amri dan Aqila Masri. Poster promo pre-Order. Sedikit Sinopsis Pendiam?  Macam biasa apa yang aku rasa, akan diterjemahkan dalam bentuk coretan ringkas di twitter. Semestinya tempat mer...