ikhlas ke kita?!

assalamualaikum.. 
salam pagi sabtu semua..

ucap bismilah pembuka bicara,
bicara biasa bukan la apa;
coretan ringkas dikongsi bersama,
kalau sudi baca je la..
[hehee.. tetiba rasa nak bermadah berhelah pula..]

******
~ikhlas tapi jauh~

Rasulullah bersabda yang bermaksud, dari Mu'awiyah katanya, Rasulullah bersabda, "Janganlah kamu meminta-minta. demi Allah! tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya." (riwayat Bukhari)

hal ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)..." [surah al-Baqarah:264]

selain keikhlasan, sebagai orang islam, kita juga tidak digalakkan untuk meminta-minta seperti orang peminta sedekah. malah perbuatan itu boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej yang buruk, sedangkan Allah memerintahkan manusia supaya berusaha dan bekerja. malah sudah disediakan pelbagai sumber yang halal di atas muka bumi ini.

namun sebagai seorang manusia juga, andainya kita enggan memberi atau mahu menolak permintaan peminta sedekah, lakukanlah dengan perkataan yang baik. memaafkan kesilapan mereka adalah lebih utama daripada sedekah pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.

*******

tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah. tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang dibawah adalah yang menerima. namun pemberian haruslah disertai dengan hati ikhlas yang sekali gus menunjukkkan bahawa kita tidak berhati tamak. sebaliknya jika sesuatu pemberian, yang ada walau sekelumit rasa bangga., mengungkit atau tidak ikhlas, pasti akan terbatal segala pahala amalan kebaikannya..


**sekadar berkongsi..

Comments

eiela said…
thanks sharing,,kita mesti ikhlas dalam semua hal, kalau tak haru hidup nanti.

Latest Entri :
Blog Oh Blog!!
Senyum Itu Sedekah
-hanyaaku- said…
most welcome..
mmg kena ikhlas, tapi hanya Allah je yang tau banyak dan macam mne tahap keikhlasan kita tu..

btul tak?!

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Mencari Ketenangan..

Rahsia Wuduk ..