Skip to main content

Awet Muda style Rasulullah..

assalamualaikum dan salam ceria!

alhamdulillah dah melangkah ke hari baru, bulan baru, tahun baru!
semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah, insyaAllah..

haa makcik ada petua yang nak di share ni.. alaa cara nak awet muda la..
siapa tak nak awet muda kan? tipulah tu kalau ada yang jawab tak nak.
tak baik tipu tipu, tuhan marah tau! [adeyh macam budak kecik je!]

okey okey kembali ke pangkuan ibu pangkal jalan. 
siapa nak try petua ni, silakan dan teruskan pembacaan. terima kasih ye..
sebaliknya, siapa yang tak mau tu sila cari dan tekan butang 'X' kat penjuru atas belah kanan dengan BANGGA!

ehemm.. errmm.. 
[tetiba cuak pulak.. bismillah.. fuhh kiri, fuhh kanan]

ini adalah Petua Awet Muda cara Rasulullah tau..

1. Facial 

- caranya mudah. adalah berwuduk dengan air yang suci. hal ini kerana (ceh! cam nak jawab spm dulu je) wuduk dapat menyegarkan kulitwajah, mengekalkan serinya dan menghilangkan segala kekotoran. Al-Quran ada menyebut akan keistimewaan orang yang suka berwuduk. bukan sahaja awet muda malah ketika bangkit di padang Masyar nanti, wajah mereka semakin berseri-seri. para sahabat juga sentiasa mengekalkan wuduk mereka sepanjang masa walau di luar waktu solat [subahanallah.. jarang aku buat yg ni].

2. Diet 

- Rasulullah memegang prinsip makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. [sape yg ikut ni sila angkat jari.. hehee] komposisi makanan dan minuman yang seimbang dalam perut dengan bandingan 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 air udara. tak lupa juga berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis.


3. al-Quran dan ilmu 


- ini merupakan ubat anti-nyanyuk. menurut kajian, setelah memasuki umur 20 tahun (alhamdulillah aku belum lagi! boleh prepare ni.. opps iklan jap) setiap individu mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak yang menyebabkan otak mula mengecut. so, langkahpencegahan yang paling efective ialah dengan sentiasa meransang kecergasan otak, al-Quran dan ilmu, fikir dan zikir adalah kaedah-kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah, sahabatnya dan umatnya.
4. Meditasi 

- meditasi gaya Rasulullah dengan solat lima waktu sehari semalam tepat pada masanya. muda dan cantik berkait rapat dengan kesihatan hati. mulakanlah perawatan kecantikan kita dengan terapi hati yang cantik. dalam solat, kita boleh merehatkan minda dan hati daripada sebarang kesibukan dunia. inilah meditasi sebenar yang amat berkesan untuk jiwa yang kusut. nikmatilah suasana solat yang didirikan. tempat yang tenang, bersih dan selesa membantu kita untuk khusyuk dalam solat. Rasulullah juga melarang kita bersolat dalam keadaan ngantuk dan lapar.

5. senyum, gembira dan perfikiran positive ketika menghadapi tekanan

- Rasulullah memberi contoh yang terbaik ketika menghadapi implikasi kesusahan dan kesukaran dengan terapi gembira dan cekal. semasa kecil, baginda telah menjadi anak yatim piatu, hidup pun susah serta menggalas misi dakwah. merasai lapar sehingga terpaksa mengikat batu di perutnya. disingkir oleh mejoriti sanak saudara, dicaci, terseksa hati dan perasaan hinggakan fizikalnya turut terseksa. kita juga pasti menghadapi tekanan dan ujian. hanya orang yang kuat tabah menahan dugaan mencapai kejayaan. wajah yang berseri dan gembira akan memancarkan sinar ketenangan dan menyejukkan mata yang melihat.

6. kesihatan dan senaman 

- penjagaan kesihatan dan senaman perlu teratur. cergas dan aktif seperti Rasulullah.mukmin yang kuat itu lebih dikasihi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.


okey anak-anak rakan-rakan, marilah kita cuba dan amalkan tips awet muda ni.. 
selain effectnya kita awet muda, insyaAllah ganjaran Allah turut diperoleh!

sekian saja dari makcik ye.. terima kasih sudi kutip kerang info kat sini..


**dikorek dari: bila salam bersambut-hasif asyraf

Comments

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa