Skip to main content

kemaafan??! manisnya..!

assalamualaikum semua..
hello hello helloooo....

~ maafkan dia?! susahlah nak maafkan salah silap orang..
~ ala, tunggu je la time raya nanti baru bagi..
[mungkin ini yang selalu kita katakan bila dipinta memaafkan yang lain kan?]

huissh.. ada ke macam tu? [tak hensem la bang, akak pun sama tak cun..]
memberi maaf atau memohon maaf tu tak ada dan tak perlu masa yang specific
semolek-moleknya biar la kita lakukan tiap kali sebelum masuk tidur
maafkan la orang lain walaupun dia tak mintak maaf pun
lagi tenang rasanya!

firman Allah:
"jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf (kebaikan) serta berpalinglah daripada orang yang bodoh." (surah al-Araf:199)

Allah berfirman lagi:
"perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (surah al-Baqarah: 263)

Rasulullah juga bersabda:
"tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."

so, apa lagi?!
hulurkan sahaja kemaafan itu..
ye.. memang berat rasanya
tapi

memaafkan adalah dendam yang terindah
dan jadilah seperti pohon apple yang tetap menjatuhkan buah yang manis walaupun dilemparkan batu.



rujukan: solusi. isu 26.

Comments

Anonymous said…
setuju dengan artikel ni..tidak memaafkan kesalahan orang adalah didorong nafsu bersandarkan pujuk rayu syaitan..
JumpZeera said…
NurAz: stuju jugak dengan kamu!! hehee =)

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa