COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Assalamualaikum
selamat pagi semua..

hari ni macik nak berkempen kat semua
tapi bukan la kempen raih undi pilihan raya tuh..
ni haa kempennye..

Cover Your Aurat Campaign, show your support!

bismillah..

Semua mesti tau kan yang tutup aurat ni hukumnya WAJIB!
wajib ke atas diri setiap muslim
Tak kira la, lelaki ke perempaun ke. yee, dua-dua kena!!
(takde terkecuali)

Allah berfirman:
"wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu [bahan-bahan untuk] pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itulah tanda-tanda [limpah kurnia] Allah [dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya] supaya mereka mengenangnya [dan bersyukur]". 
-surah al-A'raf; 26-

so, takde alasan kalau tak nak tutup aurat.. kan?! Lagi satu, takde maknanya kalau 'tak sampai seru'.. Dah terbukti awal-awal lagi Allah dah 'menyeru' kat kita semua..

bukannya susah nak tutup aurat ni
kalau kita buat Lillahitaala, insyaAllah tak rasa terbeban pun
percaya la..

apalagi jangan buang buang masa, 
jom TUTUP AURAT..
masa tak tunggu kita tau

okie dokie
yang 'bertuah' terima tag; 
hehee
*********
nak kempen juga?!
 moh sini..

Comments

Bahijah~ said…
yeah..jom berkempen..

n join contest ::

kay link nie..

http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/10/join-my-contest-be-my-followers.html#comment-form
-hanyaaku- said…
insyaAllah..
=))

tngguuuuuu.. hehee
asyfiqaz said…
salam, tenkiu pasal sudi support ye =)
and thanks jugak pasal share sekali dalil pasal hal ni.
kempen menarik untuk generasi muda :)

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Mencari Ketenangan..

Rahsia Wuduk ..