Skip to main content

indahnya bangun malam..

tengah syok tido tetibe je terjage..
dan tak boleh nak lelap balek!!
haishh nape ye??
haaa mesti Allah suruh aku buat tahujud kot!!
Astagfirullah.. lame dah tinggal.. tak istiqamah langsung macik ni la..


dah siap semua, aku pon on la ternet..
saje gatal tangan.. dan.. 
P.O.P!! tercari tentang kelebihan bangun tahajut..
Subahanallah nikmatnye!!


ni la yang dapat aku rumuskan dari pembacaan tadi!!
saje nak kongsi. untuk manfaat bersame jugak kan!!


*************************************************************


keindahan bangun malam dapat dirasai jika kita mengabdikan diri kepada Allah dan menghabiskan sekurang-kurangnya 1/3 malam dengan melakukan ibadah dan menyerah hanya untukNya.
banyak kelebihan bagi sesiapa yang gemar bangun malam ini: 



Rasulullah s.a.w bersabda:
"Manusia akan dikumpulkan [di hari kiamat] pada suatu padang [Mahsyar], lalu suatu suara menyeru: Mana dia orang yang telah meninggalkan tempat tidurnya [kerana beribat di tengah malam]? mereka lalu tampil ke hadapan dalam bilangan yang kecil saja lalu mereka dibenarkan masuk ke syurga tanpa hisab lagi"

betapa besarnya kelebihan bagi mereka yang gemar beribadah di waktu malam.
walaupun ini merupakan perkara yang sukar dilakukan, namun ia mampu menjadi perkara yang paling best kerena seseorang itu mula merasai kemanisan bersendirian dengan Allah maka dia sentiasa ingin mengulangi sekali lagi.
ini dialami oleh para salihin dan hamba Allah, hingga ada yang berkata, "seandainya ahli syurga itu sering melakukan apa yang kami lakukan kini [bangun malam] tentulah mereka itu akan berada dalam kehidupan yang bahagia sekali' dan ada yang berkata "Selama 40 tahun berlalu, tiada suatu pun yang mendukacitakan aku kecuali terbitnya fajar pagi' 
orang yang beribadah di waktu malam itu lebih merasa lazat dengan amalan-amalannya daripada yang berpeleseran"

betapa indahnya bangun malam sekiranya kita pandai menggunakannya untuk beribadah dan sebaliknya bagi mereka yang gemar mensia-siakan waktu malam mereka.
secara tidak langsung ia dapat membantu dalam membentuk diri supaya menjadi insan yang tawadu', taat kepada Allah. insya-Allah..

Firman Allah: (memuji kaum mukminin)
"mereka mempergunakan hanya sedikit sahaja waktu malam untuk tidur dan di tengah malam, mereka sentiasa memohon ampun". [Isra':79]

Rasululah bersabda:
"solat yang paling utama sesudah solat fardu ialah solat di tengah malam."

orang yang banyak tidur di waktu malam akan datang di hari kiamat sebagai seorang kafir. [nauzubillah]



**nikmatnye ganjaran Allah kepada hamba" Nya yang sentiasa mengingati-Nya..
semoga kita menjadikan perkara ini sebahagian rutin harian..



Comments

Tutup Blog said…
salam kenal dear...
zura follow sini...
do follow me ya!!!

note yg bagus neway=)

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa