Skip to main content

Ketentuan Allah.. [kongsi 1]

bismillah..

Hikmah Allah itu datangnya kemudian. Kadang-kadang kita tak sedar pun adanya hikmah dari Allah kerana kita tak mampu menjangkau ilmu Allah dan mengetahui bagaimana dia menyusun dan mentadbir kehidupan hamba-Nya. 

Semestinya setiap orang yang mengaku beriman dengan Allah mesti meyakini bahawa Allah maha mentadbir dan maha menyusun. Sebenarnya, kita semua ini sebelum dilahirkan lagi telah ditulis jalur-jalur kehidupan yang dinamakan qada dan qadar. Janji allah itu telah tersurat sebelum roh dimasukkan dalam jasad kita sewaktu berada dalam kandungan ibu dan roh itu sendiri telah berjanji dengan Allah akan mematuhi perintah Allah bila dia berada di bumi kelak.

Setiap kelahiran manusia dan haiwan, Allah menyediakan otak sebagai pusat yang mengawalan dan bertindak. Maka kelebihan manusia berbanding dengan haiwan pula ialah akal fikiran. Akal itulah yang dapat membezakan antara baik dan buruknya sesuatu perbuatan. Allah juga telah membekalkan al-Quran sebagai panduan hidup ke arah kebenaran. 

Orang yang melakukan kejahatan tidak menggunakan akal yang waras dalam menerajui kehidupannya. Dia hanya mengikut nafsu yang diajar oleh syaitan, sedangkan syaitan itu sendiri diciptakan oleh Allah sebagai pengukur sejauh mana iman manusia, sama ada dia akan mengikut Allah dan Rasulullah ataupun terus sesat dalam godaan syaitan. di situlah Allah melihat siapakah yang berjaya dalam ujian-Nya. bagi mereka yang berjaya, balasannya adalah Syurga [insyaAllah].

Kehadiran kita di muka bumi ini bukanlah secara tiba-tiba. kita di muka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah. maksud firman Allah: "dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Allah."


bersambung..
[klik untuk baca sambungannya..]


**aku bukanlah sesiapa..
cuma memegang: "Balighu'anni walau ayyah.. (sampaikanlah walau hanya satu ayat..)"

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera.. astarfirullah.. beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan.. aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala  seperti yang dijanjikan.. entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1] ****** semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya. cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya. yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah ...