Skip to main content

Keistimewaan Wanita #1

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita,
Ketahuilah bertapa istimewanya menjadi wanita.
Bertapa bertuahnya menjadi wanita.
Dan bersyukurlah kerna menjadi wanita..

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah; "Ibu lebih penyanyang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Haid seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidnya dia membaca 'Alhamdulillahi'alaa kulli halin wa astaghfirullah' (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku bermohon ampun kepada Allah dari segala dosa), maka Allah akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada; apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Sabda Rasulullah; " Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan inggal bersama aku di dalam syurga."

9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.a ; "Sesiapa yang diuji dengan selalu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



Sumber: Riwayat Bidadari Syurga, Munif Ahmad.

Keistimewaan Wanita #2

Comments

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa