Skip to main content

Curahan Bakti, Terkesan Di Hati

Assalamualaikum. Hai.

Alhamdulillah Program Operasi Curahan Bakti anjuran Sekretariat Rakan Muda UiTM Segamat dah pun selesai. Makcik bukan exco pon tapi saja je menyibuk jadi facilitator hahaa.. Program 3 hari 2 malam di Felda Sri Ledang, Jementah Johor memenuhi masa cuti makcik sempena raya cina kali nih. Alhamdulillah keseluruhan program berjalan dengan lancar. Allah permudahkan urusan kami ^^,

Banyak sangat pengalaman dan kenangan yang dapat dikutip sepanjang program. Suka, duka, tawa, tangis, pertemuan, perpisahan semuanya ada. Cukup rempah, sempurna adunan untuk dijadikan sebagai kenangan terindah dan pengalaman berharga. Buat exco Rakan Muda aka kawan-kawan makcik (Lieyna dan Syue), terima kasih atas 'paksaan' supaya makcik join program nih. At last, makcik bersyukur sangat sebab terturut serta dalam operasi curahan bakti nih. Banyak benda yang selama nih makcik tak pernah jumpa, kini dah jumpa. Apa yang dulu tak pernah buat, sekarang dah buat. 

Daripada program nih, makcik dapat belajar satu nilai kehidupan; yang hakikatnya tak semua orang beruntung sama macam kita. Sesusah-susah kita tapi sebenarnya ramai lagi yang lebih susah berbanding kita dan sebahagia-bahagia kita rupa-rupanya ada lagi yang jauh lebih bahagia. Nih baru kehidupan kat Felda Sri Ledang je, belum lagi makcik tambah power spec buka lagi lebar skop penglihatan makcik dengan kehidupan masyarakat lain kat luar sana yang lebih luas permukaan tanahnya. Mungkin 'erti kehidupan' dapat didifinasikan lebih mendalam disamping tahap kesyukuran  akan melambung memuncak tinggi berbanding sekarang.

"Wahai orang-orang beriman, [untuk bersyukur kepada Allah] ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepad-Nya pada waktu pagi dan petang." 
Al-Ahzaab: 41-42

Antara aktiviti sepanjang program;

Motivasi bersama pelajar SK RKT Sri Ledang.






Jelajah Kampung dan Gotong-royong.






Sukaneka Bersama Warga Felda.






Haish banyak pulak gamba yang makcik letak. Kesian kena loading lama hahaa. Kalau boleh semua 300++ gamba sepanjang program tu, makcik nak letak ^^v . Rasa indah penuh makna pengalaman kali nih. 

Maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang menjalankan tugas dan sedalam-dalam harapan agar ukhuwah yang dibina akan terus berpanjangan, insyaAllah. 

"Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah (menjalin persaudara), mereka berkumpul dan berpisah keranaNya." 
HR Bukhari dan Muslim

*masih menunggu kiriman gambar ketika bersama keluarga angkat.


~credit pictures to Syifa Mat

Comments

heeh ade saye lah..ngee... weyh mk ck tmbh satu lagy... dapat abg angkt y cute tuh kan.....hahaha

Popular posts from this blog

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Pendiam? Buku Aiman Amri & Aqila Masri

Assalamualaikum, hai.  Ramadhan hari ke-8 dan PKP hari keberapa-tah-dah-hilang-kira hmm. Duduk rumah semua hilang dari kira.  Hiks termasuk sini lagi. Maksud dia apa? Tengah acah semangat nak buat esaimen tapi termenyimpang haha. Biasa sangat la buat perangai macam ni. Mengarang refleksi tak mau, tulis dalam blog rajin pulak la eh :p  Beberapa hari lepas ada terima eBook dari publisher sebagai ganti sementara buku fizikal yang mereka tak dapat pos asbab kekangan PKP ni. Bagi aku ni satu inisiatif yang menarik! Ye la kan, bila je lagi nak ada masa banyak untuk baca buku secara marathon. Tapi aku pilih untuk baca beberapa eBook saja. Nak reserve bacaan fizikal nanti. Baru best bila pegang buku betul, ye tak? Ni antara buku terpilih. Pendiam? tulisan Aiman Amri dan Aqila Masri. Poster promo pre-Order. Sedikit Sinopsis Pendiam?  Macam biasa apa yang aku rasa, akan diterjemahkan dalam bentuk coretan ringkas di twitter. Semestinya tempat mer...