Skip to main content

Lampu Suluh Kini Di Tangan


"Dan Allah akan menambahkan kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. 
Dan amal kebajikan yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya." 
Maryam 19:76

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Terima kasih Allah!
Kau telah memilih aku dalam menerima petunjuk-Mu.

Tapi aku takut!
Aku takut dengan kata-Nya;

"Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; 
ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur."
Al-Insan 76:3

Aku takut,
Andainya kaki ku terpijak daerah kekufuran.
Nauzubillah!
Moga dijauhkan...

Aku mahu melayari bahtera kesyukuran.
Tidak sekali mahu merubah arah.
Kompas arah dari Allah itu sudah cukup.
Sekali berpatah aral, takut tersadai dipalu ombak..

Buat diri ini,
Setelah usaha penuh gigih di kerah,
Jangan sekali untuk cuba lepaskan.
Peganglah ianya erat-erat bila mana Allah dah campakkan petunjuk itu.
Mana tahu hanya petunjuk yang satu ini sahaja yang menjengah, kan?

"Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, 
maka dialah yang mendapat petunjuk;
dan barang siapa disesatkan-Nya, 
maka engkau tidak akan mendapat seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya."
Al-Kahf 18:17


*Moga kita terus bersemangat dalam menjalani hari-hari berbaki Ramadhan yang mulia ini ^^,

Comments

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa