Skip to main content

Posts

Apa Guna?

Apa guna kita bersengketa? Tak lama mana hidup kita. Apa guna kita bermusuh? Hasad dan dendam harus dimansuh. Hidup ini bukan untuk bermusuhan. Tapi untuk saling berkasih-sayang' lengkap-melengkaoi :) Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.  Al Hujuraat: 13.

Serakan Ilmu

Ilmu Allah merata. Berselerakan keliling kita. Mahu diambil atau tidak? Ia, terserah! Tepuk dada, tanya sang Iman...

Peluang

Allah, Allah, Allah.. Peluang nak buat baik tu sentiasa ada. Sentiasa terbentang lagi terbuka luas depan kita. Sedar atau tidak saja, kan? Peluang dan ruang yang hadir menjengah ini usah kita lepaskan. Kerna bimbang, tiada lagi kunjungan 'nikmat' buat kita. Tiada lagi kesempatan berbuat kebaikan. Pelbagai cara. Tidak kira bila. Tepuk dada, tanya iman. Mahukah kita? Atau biarkan saja angin bawa pergi.... aku; 160313;0300