Assalamualaikum... Rasa lapar dapat diusir dengan roti kering maka mengapa aku harus banyak menyesal dan ragu... Cuba kita tanyakan kepada diri kita pertanyaan-pertanyaan ini dan jawab la dengan bijaksana: i) Apakah kita tahu bahawa kita akan melakukan perjalanan tanpa kembali lagi?? Apakah kita telah membuat persiapan yang lengkap dan mantap untuk menyambutnya? ii) Apakah kita sudah membekali diri di dunia fana ini dengan amal soleh untuk menghibur keterasingan kita di alam kubur kelak? iii) Berapakah umur kita saat ini? Berapa lama lagi kita akan hidup? Apakah kita menyedari bahawa setiap sesuatu itu ada permulaan dan kesudahannya dan bahawa kesudahan yang akan kita alami adakah syurga ataupun neraka? iv) Adakah kita pernah membayangkan bahawa para malaikat turun dari langit untuk mencabut roh kita dan disaat itu kita dalam keaadan lalai lagi sia-sia? v) Adakah kita pernah membayangkan hari itu, saat terakhir dalam hidupan kita, ketika kita berpisah dengan keluarga, anak...