Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah. Tetiba kali nih makcik rasa nak berbicara tentang bulatan gembira. Ye bulatan gembira! Alaa yang kita nyanyi 'bulat kecil, bulat kecil, bulat la besar' time zaman kanak-kanak dulu tu. Tak percaya ke? Okeyh sila percaya kata-kata nih. hahaa Beberapa hari nih, makcik asyik terkenang-kenang je pertemuan bulatan gembira. Rasa macam rindu sangat sangat sangat nak 'bergembira' walaupun hari-hari bertentang mata bulat-bulat dengan yang lainnya. Eh cop! Semua tau kan apa yang dimaksudkan dengan bulatan gembira tu? Alhamdulillah. Tapi mungkin ada yang first time dengar, okeyh sekarang kamu akan tau. Bulatan gembira tu sebenarnya merujuk kepada pertemuan 'Usrah' ataupun ada yang panggil liqa', halaqah mahupun dikusi ilmu. Perkataan 'Bulatan Gembira' tu mungkin lebih ringan untuk diterima dengar oleh gegendan telinga remaja-remaja masa kini, berbanding dengan perkataan usrah. Substit...