Makcik mulakan coretan kali ini dengan lafaz Bismillah al-Rahman al-Rahim. Alhamdulillah masih diberi kesempatan ruang dan peluang untuk melakar kata dalam ruangan blog yang semakin tidak diberi perhatian di atas sebab kekangan masa (kononnye la hahha). Macam mana eh nak mula? Almaklumlah dah lama tak menulis ;) Sebenarnya takde apa pon nak dikisahkan kat sini. Cuma tetiba teringat bual bicara dengan abang gerai buku tadi. Tu yang jari ni, mengedik je nak menaip. Nak dijadikan cerita pagi tadi, memandangkan kelas pukul 10 cancel makcik nekad nak pergi beli buku kat Speakers' Corner. Makcik ni pantang bebeno bila nampak buku, rasa macam nak beli semua. Rambang mata bila dah tengok deretan buku-buku tu. Bertambah galak bila gerai-gerai buku dibuka seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Tiap-tiap minggu silih berganti peniaga yang mencari rezeki kat situ. Begitu la keadaannya selepas BB1M jatuh ke tangan hahha.. Lama jugak la makcik terpacak kat gerai tu. Stres...