Skip to main content

Sembang Ringkas Abang Buku

Makcik mulakan coretan kali ini dengan lafaz Bismillah al-Rahman al-Rahim. Alhamdulillah masih diberi kesempatan ruang dan peluang untuk melakar kata dalam ruangan blog yang semakin tidak diberi perhatian di atas sebab kekangan masa (kononnye la hahha). 

Macam mana eh nak mula? Almaklumlah dah lama tak menulis ;) Sebenarnya takde apa pon nak dikisahkan kat sini. Cuma tetiba teringat bual bicara dengan abang gerai buku tadi. Tu yang jari ni, mengedik je nak menaip. 

Nak dijadikan cerita pagi tadi, memandangkan kelas pukul 10 cancel makcik nekad nak pergi beli buku kat Speakers' Corner. Makcik ni pantang bebeno bila nampak buku, rasa macam nak beli semua. Rambang mata bila dah tengok deretan buku-buku tu. Bertambah galak bila gerai-gerai buku dibuka seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Tiap-tiap minggu silih berganti peniaga yang mencari rezeki kat situ. Begitu la keadaannya selepas BB1M jatuh ke tangan hahha.. 

Lama jugak la makcik terpacak kat gerai tu. Stress jadinya nak buat pilihan dan lepas belek punya belek jumpa la buku yang menarik pandangan, tertawan hati. Buka beg-seluk purse-cari baucer-cari duit dan baucer bertukar hak milik ;) Makcik setia menanti baki dari abang buku tu sambil tengok dia buat rekod keluar masuk duit. Tiba-tiba dan tanpa disangka-sangka abang buku tu mengajukan soalan kepada makcik.

A: Emm student UiTM wajib pakai tudung ke?
B: Tak la. Terpulang. Kenapa ek?
A: Takde la. Ingatkan student UiTM semua wajib pakai tudung. Tapi tadi ada dua tiga ketul tak pakai, tu yang tanya.
B: Owhh.. Tak wajib pun. Tapi okeyh jugak kalau UiTM nak mewajibkan pakai tudung.
A: Ye la. Lagi pun UiTM kan ramainya muslim.

Statement akhir abang tu makcik respond hanya dengan senyuman sambil terima duit baki. Okeyh la bang, saya kena gerak dulu. By the way, thanks for the gula-gula (aku monolog sendiri dalam hati) =P

Sampai bilik, fikiran makcik masih berlegar-legar dengan isu tudung tadi. A'ah kan, tak jadi kesalahan pun untuk mewajibkan pakai tudung atau dengan erti kata lainnya mewajibkan tutup aurat dengan sempurna ketika berada dalam kawasan kampus. Alaa macam zaman sekolah dulu. At least ada initiative untuk memasyarakatkan Islam dalam kalangan masyarakat.

Kata-kata berkata, nak buat sesuatu kena ikhlas. Tapi sampai bila kita nak tunggu ikhlas tu? Macamana kalau ajal tu tiba-tiba datang lebih cepat berbanding rasa ikhlas tu? Tak ke nanti kita sendiri menyesal tak sudah? Once nyawa kita ditarik, berangan je la kalau nak kembali semula ke dunia yang penuh tipu daya ni. Owh maaf! Teremosi seketika. Makcik bukan marah cuma tengah nasihat diri sendiri juga sebagai peringatan kita bersama. _ _

Berbalik kepada cerita asal. Bila difikir balik, rasanya kalau setiap diri individu tu dah ada kefahaman akan Islam, dah ada kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw; kita tak perlu lagi nak kena tetapkan 'peraturan menutup aurat' dalam undang-undang rekaan manusia. Sebabnya masing-masing ada kesedaran dan punya rasa takut akan azab di Neraka kelak. Kan?

Allahu Rabb.. Moga Allah tetapkan hati kita pada landasan Islam.


Akhir kata, wassalam 
See you when i see you then hehhe ;)



*moga UiTM menjadi Universiti Islam Teknologi MARA. One find day, siapa tahu?


Comments

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa